Quantcast
Channel: SEDAKA Sejahtera™
Viewing all 519 articles
Browse latest View live

PANAS!!! Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan Jawab Dakwaan Dato' Husam.. Laporan Polis Menyusul

$
0
0



KENYATAAN AKHBAR

1. Saya merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Hj. Husam Musa dalam Nota bantahan dan surat yang ditujukan kepada YAB. Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan yang juga disalinkan kepada YB. Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan. Kenyataan yang sama juga telah disiarkan dalam akhbar Sin Chiew Jit Poh pada 14 April 2018, yang berkisar dengan mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP) yang diadakan pada pagi ini.

2. Dakwaan kononnya ada kelulusan baru kawasan pembalakan yang luas akan dipertimbangkan dalam mesyuarat ini adalah tidak benar sama sekali. Susulan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan memandang serius tentang dakwaan palsu ini dan akan membuat Laporan Polis mengenai berita palsu ini di bawah Akta Anti Berita Tidak Benar 2018.

3. Dalam hubungan ini, saya ingin menegaskan bahawa tiada sebarang kelulusan baru kawasan pembalakan yang dibincangkan. Hanya beberapa perkara-perkara biasa yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan kali ini meliputi perkara berikut :

i) Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lepas.

ii) Mengesah dan melaksanakan keputusan-keputusan daripada mesyuarat yang lepas.

iii) Menimbang permohonan industri-industri pemprosesan kayu di Negeri Kelantan.

iv) Membincangkan isu-isu semasa perhutanan berkaitan pemuliharaan dan pemeliharaan khazanah hutan di Kelantan.

4. Selain itu, saya juga menegaskan bahawa Kerajaan Negeri masih mengekalkan rekod tidak pernah memberi kelulusan baru kawasan pembalakan terutamanya penubuhan ladang hutan dalam Hutan Simpanan Kekal sejak dari tahun 2013 lagi.

PENGARAH PERHUTANAN NEGERI KELANTAN

16 APRIL 2018

Terbaru!!! Presiden PAS Umum Ustaz Idris Kekal Bertanding Di Parlimen Bukit Gantang

$
0
0


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad kekal bertanding di Parlimen Bukit Gantang pada Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini.

Tuan Guru Abdul Hadi juga mengumumkan tiga orang lagi calon yang bakal bertanding di Perak.
Mereka adalah Dr Najihatussalehah Ahmad di Parlimen Parit, Hatta Abdul Muin Hassan Adli di Parlimen Bagan Datoh dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria di Dun Semanggol.
Presiden PAS mengumumkan demikian semasa program ceramah Gelombang Hijau Perak PRU14 di pekarangan SRITI At-Taalim, Taman Gemilang, Seri Iskandar, malam tadi yang disiarkan secara langsung menerusi FB Live.
Pada PRU13 lalu, Ustaz Idris yang mendapat 30,563 undi memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang menewaskan calon BN dengan majoriti 986 undi. 

– HARAKAHDAILY
17/4/2018

Jom Pi Ramai2 Majlis Pengisytiharan Calon PRU-14 Gagasan Sejahtera Negeri Kedah Darul Aman

$
0
0



Majlis Pengisytiharan Calon PRU-14 Gagasan Sejahtera Negeri Kedah Darul Aman

Tarikh : 19 April 2018 
Masa : 7.00 - 12.00 Malam 
Tempat : Kompleks PAS Kedah 

Semua dijemput hadir untuk saksikan lafaz baiah secara langsung di hadapan kita. InsyaAllah mereka akan setia kepada pimpinan selagi tiada dilanggar akan syariat Allah. 

Hangat!!! Inilah Punca Pengarah Biro Pilihan Raya PAN Selangor Keluar Parti

$
0
0


Pengarah biro pilihan raya PAN Selangor dan Ketua Bahagian Kota Raja Jaafar Samsuddin meletakkan jawatan dan keluar parti berkuatkuasa serta-merta.
Timbalah Ketua Bahagian PAN Kota Raja, Dr Siti Mariah Ketika dihubungi mengesahkan perkara ini.
"Betul, saya pun baru baca di Malaysia Dateline. Saya cuba hubungi beliau tapi tak dapat.
"Komunikasi dalaman kita sudah dimaklumkan melalui whatsapp. Tapi saya belum melihat surat itu," katanya.
Beliau juga berkata bahawa beliau tidak rasa suaranya didengar dan usahanya tidak dihargai oleh pemimpin PAN pusat dan negeri.
“Saya merasakan adanya saya dalam parti tidak lagi mendatangkan kebaikan untuk parti. Suara saya tidak lagi didengari pimpinan.
“Saya mendengar banyak perkara yang menceritakan keburukan saya, seolah-olah apa yang saya lakukan tidak bagus.
“Saya berasa malu sebagai seorang yang memegang jawatan di negeri diperlakukan sedemikian,” katanya.
Jaafar menyertai PAS pada 1998 dan memegang jawatan pengarah pilihan raya PAS Selangor dari 2002 hingga 2015. Beliau kemudian meninggalkan PAS pada 2016 untuk menyertai PAN.
Sebelum itu, Jaafar pernah menjadi ahli Umno dan Semangat 46 serta pernah berkerja di bawah bekas menteri besar Selangir Datuk Seri Harun Idris
Jaafar bagaimanapun menafikan beliau kecewa tidak dicalonkan di kerusi parlimen Kota Raja dan kerusi DUN Meru.
“Nama saya diletakkan di Dun Meru dan Parlimen Kota Raja tetapi ada pihak yang tidak senang dengan saya. Sejujurnya saya tidak kisah siapapun yang terpilih," katanya.
Siti Mariah berpendapat, Jaafar meletakkan jawatan kerana tidak tercalon di Kota Roja.
"Ini keputusan parti yang kita mesti terima. Ini lumrah dalam politik dan kita mesti bersedia," katanya.
Spekulasi sebelum ini mengatakan Jaafar tidak bersetuju presiden parti itu Mohamad Sabu diletakkan sebagai calon Kota Raja.
Siti Mariah menafikan perkara ini dan berkata Jaafar sedia maklum perkara itu.
"Mustahil Jaafar tidak tahu, beliau berada dalam kepimpinan negeri dan langkah ini sudah dibincangkan untuk beberapa lama," katanya.

PHOTO!! Lagi FITNAH Terhadap PAS Berlegar Di Ruang Maya.. Kerja Buat Siapa?

$
0
0

Saya boleh SAHKAN bahawa perbicaraan 3 permohonan interlokutori serentak, akan diteruskan selama 2 hari [30/4 – 2/5] di Mahkamah Queen’s Bench Division, London.
Saya boleh sahkan bahawa TGHH telah pun memfailkan Witness Statement [Afidavit In Reply] untuk menentang permohonan Sarawak Report, semalam, 18/4/2018. Peguam kami disana sangat bersedia untuk berhujjah.

Dakwaan foto ini (atas) konon Peguam kami di London sedang menunggu arahan untuk penyelesaian, menarik balik atau menangguhkan kes adalah BOHONG, PALSU & REKAAN SEMATA-MATA.
Bahkan sebagaimana Sidang Media Dato SUA PAS semalam, hakikatnya pada akhir tahun lepas/awal tahun ini, terdapat SESEORANG yang mengutuskan SESEORANG yang lain, mintak TGHH tarik balik kes ini secara diam-diam (tanpa permohonan maaf oleh Sarawak Report) dan mereka bersedia membayar sejumlah wang pampasan (undisclosed sum).
Kami menolak dengan tegas, tiada ruang untuk politik RASUAH/DEDAK dalam diari kami!
Percayalah kedua-dua SESEORANG itu amat dikenali dalam arena politik di Malaysia.
Gambar pada Foto tidak kami kenali, dan saya boleh sahkan ia bukannya gambar Peguam TGHH di London!
Berhentilah MEMFITNAH! Maut dan Ajal pasti menjelma!
Wan Rohimi Bin Wan Daud

Timbalan Pengerusi LUHAM PAS Pusat
Pengarah JUHAM, DPPM
19 April 2018

RASMI!! Calon Gagasan Sejahtera PRU 14 Untuk Negeri Perak

$
0
0


CALON GAGASAN SEJAHTERA PRU 14: PERAK
PARLIMEN
P.054 GERIK
MOHD DAHLAN BIN HJ ISMAIL, HAJI
P.055 LENGGONG
MUHAMMAD MUJAHID B MOHAMMAD FADZIL
P.056 LARUT
HAJI ABU HUSIN BIN MOHAMAD
P.057 PARIT BUNTAR
AHMAD AZHAR BIN HAJI SHARIN
P. 058 BAGAN SERAI
HAJJAH ROHAYA BINTI BAKAR
P.059 BUKIT GANTANG
USTAZ HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD
P.060 TAIPING
(CALON BERJASA)
P.061 PADANG RENGAS
MOHD AZALAN BIN MOHAMAD RADZI
P.062 SUNGAI SIPUT
DR ISHAK BIN IBRAHIM
P.063 TAMBUN
HAJI IBRAHIM MOHAMMAD ZAKARIA
P.067 KUALA KANGSAR
KHALIL IDHAM LIM BIN ABDULLAH
P.068 BERUAS –
P.069 PARIT
NAJIHATUSSALEHAH BINTI AHMAD, DR
P.070 KAMPAR
YOUGAN A/L MAHALINGAM
P.071 GOPENG
ISMAIL BIN ARIFFIN
P.072 TAPAH
USTAZ HAJI NOR AZLI BIN MUSA
P.073 PASIR SALAK
ZAFARUL AZHAN BIN ZAN
P.074 LUMUT
MOHD ZAMRI BIN IBRAHIM
P.075 BAGAN DATUK
ATA ABDUL MUNEIM BIN HASAN ADLI
P.076 TELUK INTAN
DR AHMAD RAMADZAN B AHMAD DAUD
P.077 TANJONG MALIM
MOHD TARMIZI BIN ABD RAHMAN

DUN
N.01 PENGKALAN HULU
MOHD HAMIDI BIN ISMAIL
N.02 TEMENGOR
MD POZI BIN MD SANI, KAPT. (B)
N.03 KENERING
AZHAR BIN RASDI
N.04 KOTA TAMPAN
MUHAMAD RIF’AAT BIN RAZMAN
N.05 SELAMA
MOHD AKMAL BIN KAMARUDDIN
N.06 KUBU GAJAH
KHALIL BIN YAHAYA
N.07 BATU KURAU
MOHD SHAHIR BIN MOHD HASSAN
N.08 TITI SERONG
HAJI ABDU BAKAR BIN HUSIN
N.09 KUALA KURAU
ABDUL BAHARIN BIN MOHD DESA
N.10 ALOR PONGSU
WAN TARMIZI BIN ABD AZIZ
N.11 GUNONG SEMANGGOL
HAJI RAZMAN BIN ZAKARIA
N.12 SELINSING
HUSIN BIN DIN
N.13 KUALA SEPETANG
HAJI RAHIM BIN ISMAIL
N.14 CHANGKAT JERING
USTAZ MOHD NORDIN BIN JAAFAR
N.15 TRONG
USTAZ MUHD FAISAL B ABD RAHMAN
N.16 KAMUNTING
MOHD FAKHRUDIN BIN ABD AZIZ
N.19 CHENDEROH
MOHD FARID FAIZI BIN AZIZAN
N.20 LUBOK MERBAU
AZIZI BIN MOHAMED RIDZUWAN
N.21 LINTANG
ISRAN FAHMI BIN ISMAIL
N.23 MANJOI
MOHD HAFEZ BIN SABRI
N.24 HULU KINTA
MAT SALLEH BIN SAID
N.26 TEBING TINGGI
HAJI MAZLAN BIN MD ISA
N.34 BUKIT CHANDAN
INTAN NORAINI BINTI MOHD BASIR
N.35 MANONG
JAMIL BIN DZULKARNAIN, HAJI
N.36 PENGKALAN BAHARU
ZAKARIA BIN HASHIM, HAJI
N.39 BELANJA
MOHD ZAHID BIN ABU BAKAR
N.40 BOTA
MUHAMAD ISMI BIN MAT TAIB, USTAZ
N.43 TUALANG SEKAH
MOHD SOFIAN BIN HAJI REJAB
N. 44 SUNGAI RAPAT
RADZI BIN ZAINON
N.46 TEJA
MOKHTHAR BIN ABDULLAH
N.47 CHENDERIANG
NORDIN BIN HASSAN
N.48 AYER KUNING
SALMAH BINTI AB LATIF
N.49 SUNGAI MANIK
MOHAMED YUSOFF BIN ABDULLAH
N.50 KAMPONG GAJAH
MUSTAFA BIN SHAARI
N.51 PASIR PANJANG
HAJJAH ROHAWATI BINTI ABIDIN
N.52 PANGKOR
USTAZ ZAINAL ABIDIN BIN SAAD
N.53 RUNGKUP
HAJI MOHD MOHKHERI B HAJI JALIL
N.54 HUTAN MELINTANG
MOHD MISBAHUL MUNIR B MASDUKI
N.55 PASIR BEDAMAR
KUMARESAN A/L SHAMUGAM
N.56 CHANGKAT JONG
MOHD AZHAR BIN MOHD RAFIEI
N.57 SUNGKAI
APPLASAMY A/L JETAKIAH
N.58 SLIM
MUHAMMAD ZULFADLI BIN ZAINAL
N.59 BEHRANG
SYED ZAMZURI BIN SYED NENGAH

TAHNIAHI!!! (Bergambar) Biodata Calon-Calon PAS Bagi DUN Negeri Kedah Untuk PRU 14.. Tokoh2 Berwibawa

$
0
0


N. 01 AYER HANGAT

Puan Azlina binti Azinan
Umur: 43 tahun
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia
Pekerjaan: Pengarah Delta Chenang Resort Sdn Bhd


N. 02 KUAH

Mazlan bin Ahmad
Umur: 62 tahun
Pendidikan: Sarjana Muda Pengajian Islam, OUM
Pekerjaan: Kontraktor
Jawatan politik: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Langkawi

N. 03 KOTA SIPUTEH

Ustaz Mat Rejab bin Md Akhir
Umur: 59 tahun
Pendidikan: 4 Sanawi, Nahdhoh Wataniah
Pekerjaan: Mudir Madrasah Manabie Al-Ulum
Jawatan politik: Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah
N.04 AYER HITAM

Cikgu Haji Azhar bin Ibrahim
Umur: 55 tahun
Pendidikan: Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
Pekerjaan: Bekas Guru

N. 05 BUKIT KAYU HITAM

Hajjah Habshah binti Bakar
Umur: 57 tahun
Pendidikan: Sarjana Pengurusan Ekonomi Keluarga, UPM
Pekerjaan: Bekas Prof Madya UUM (Pesara)
Jawatan politik: Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kubang Pasu

N. 06 JITRA

Ustaz Zulhazmi bin Osman
Umur: 46 tahun
Pendidikan: Sarjana Muda Syariah, UKM
Pekerjaan: Pengarah Urusan Daurah Travel & Tour Sdn Bhd
Jawatan politik: Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Pasu

N. 07 KUALA NERANG

Haji Munir bin Zakaria
Umur: 54 tahun
Pendidikan: Ijazah Kejuruteraan UiTM
Pekerjaan: Berniaga

N. 08 PEDU

Haji Mohd Radzi bin Md Amin
Umur: 48 tahun
Pekerjaan: Berniaga
Jawatan politik: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Terap

N. 09 BUKIT LADA

Ustaz Salim bin Mahmood
Umur: 40 tahun
Pendidikan: Ijazah Usuluddin Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah Sarjana Hadis KUIN
Pekerjaan: Guru Sabil, Maktab Mahmud Pokok Sena
Jawatan politik: Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah

N. 10 BUKIT PINANG

Wan Romani bin Wan Salim
Umur: 62 tahun
Pendidikan: Ijazah Pengurusan Perniagaan, UiTM
Pekerjaan: Bekas ADUN Bukit Pinang
Jawatan politik: Yang Dipertua PAS Kawasan Pokok Sena

N. 11 DERGA

Haji Yahya bin Saad
Pendidikan : STPM/HSC
Umur: 69 tahun
Pekerjaan: Pengetua Maahad Tahfiz Derga
Jawatan politik: Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pokok Sena

N. 12 SUKA MENANTI

Haji Mohd Sabri bin Omar
Umur: 50 tahun
Pekerjaan: Berniaga
Jawatan politik: Bendahari PAS Kawasan Alor Setar

N. 13 KOTA DARULAMAN

Haji Zulkifli bin Che Haron
Umur: 50 tahun
Ahli Perniagaan
Jawatan politik: AJK Jentera Pilihanraya PAS Kedah

N. 14 ALOR MENGKUDU

Ustaz Ahmad bin Yahaya
Umur: 43 tahun
Pendidikan: Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah), Universiti Islam Riau, Indonesia
Pekerjaan: Bekas ADUN Alor Mengkudu
Jawatan politik: Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Setar

N 15 ANAK BUKIT

Hamdi bin Ishak
Umur: 47 tahun
Pendidikan: Sarjana Muda dan Sarjana Pengajian Islam (Syariah) UKM
Pekerjaan: Peguam Syarie
Jawatan politik: Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah

N. 16 KUBANG ROTAN

Ustaz Omar bin Saad
Umur: 59 tahun
Pendidikan: Ijazah pertama bidang Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Mesir
Pekerjaan: Bekas Pengetua SMA Nurul Islam
Jawatan politik: Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah

N. 17 PENGKALAN KUNDOR

Dr Ahmad Fakhruddin bin Sheikh Fakhrurazi
Umur: 47 tahun
Pendidikan: Sarjana Muda (Undang-undang Syariah), UKM, Sarjana (Undang-undang Perbandingan) UIA dan Doktor Falsafah Syariah (UKM)
Pesuruhjaya PAS Kedah

N. 18 TOKAI

Dato' Dr Mohd Hayati bin Othman
Umur: 61 tahun
Pendidikan: Ijazah Perubatan UKM
Pekerjaan: Doktor Persendirian
Jawatan politik: Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Kedah, Yang Dipertua PAS Kawasan Pendang

N. 19 SUNGAI TIANG

Saiful Syazwan bin Shafie
Umur: 34 tahun
Pendidikan: Ijazah Syariah Islamiah, IAIN, Acheh
Pekerjaan: Guru
Jawatan politik: Ketua Pemuda PAS Pendang

N. 20 SUNGAI LIMAU

Ustaz Mohd Azam bin Samat
Umur: 42 tahun
Pendidikan: Ijazah Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar
Pekerjaan: Bekas ADUN Sungai Limau
Jawatan politik: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jerai

N. 21 GUAR CHEMPEDAK

Ustaz Musoddak bin Ahmad
Umur: 49 tahun
Pendidikan: Ijazah Pengajian Syariah, Universiti Al-Maududi, Pakistan
Setiausaha Perhubungan PAS Kedah

N.22 GURUN

Muzaini bin Azizan
Umur: 50 tahun
Pendidikan: Diploma Teknologi Maklumat
Pekerjaan: Bekas Pegawai Khas MB Kedah
Jawatan politik: Timbalan Pengarah MTD Gurun

N. 23 BELANTIK

Ustaz Md Isa bin Shafie
Umur: 64
Pekerjaan: Bekas ADUN Belantik
Jawatan politik: Pengerusi Assabiqun Kedah


 BERSAMBUNG...

Sambungan.. TAHNIAHI!!! (Bergambar) Biodata Calon-Calon PAS Bagi DUN Kedah Untuk PRU 14.. Tokoh2 Berwibawa

$
0
0


N.24 JENERI

Haji Muhammad Sanusi bin Md Noor
Umur: 44 tahun
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda (Sains Politik), USM
Pekerjaan: Eksekutif Penilaian Jurunilai Bersekutu
Jawatan politik: AJK PAS Pusat


N. 25 BUKIT SELAMBAU

Dr Haji Mohd Ali bin Sulaiman
Umur: 51 tahun
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana (Physics) UKM, PhD (Solid State) UM
Pekerjaan: Principal Consultant Sirim Berhad
Jawatan politik: AJK PAS Kawasan


N. 26 TANJONG DAWAI

Ustaz Hanif bin Ghazali
Umur: 44 tahun
Pendidikan: Pengajian Islam di Ma'ahad Bu'uts Islamiyah, Mesir
Pekerjaan: Mudir Madrasah Zubaidiyah
Jawatan politik: Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah


N. 27 PANTAI MERDEKA

Ustaz Ahmad Fadzli bin Hashim
Umur : 44 tahun
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda (Hadis & Dakwah) Universiti Al- Azhar, Mesir. Sarjana (Pendidikan & Dakwah)
Mantan Pensyarah
YDP PAS Kawasan Sungai Petani.



N. 28 BAKAR ARANG

Othman bin Che Mee
Umur: 57 tahun
Pendidikan: Kolej Vokasional
Pekerjaan: Ahli Perniagaan



N. 29 SIDAM

Noor Hidayah Foo binti Abdullah
Umur : 50 tahun
Mantan Guru



N. 30 BAYU

Cikgu Haji Abdul Nasir bin Idris
Umur: 60 tahun
Pendidikan: Diploma Perguruan,
Maktab Perguruan
Pekerjaan: Pesara Guru
Jawatan politik: Setiausaha PAS Kawasan Baling



N. 31 KUPANG

Dato' Najmi bin Haji Ahmad
Umur: 67 tahun
Pendidikan: Ijazah Syariah Universiti Al-Azhar, Mesir
Pekerjaan: Bekas Pengarah KAGAT
Jawatan politik: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan



N. 32 KUALA KETIL

Mejar (B) Mansor bin Zakaria
Umur: 49 tahun
Pekerjaan: Pesara Tentera
Jawatan politik: Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Baling

N. 33 MERBAU PULAS

Dato' Siti Ashah binti Haji Ghazali
Umur: 56 tahun
Bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah

Jawatan politik: Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah

N.34 LUNAS

Haji Ahmad Taufiq bin Baharum
Umur: 55 tahun
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda (Undang-undang) UIA
Pekerjaan: Peguam
Jawatan politik: Ahli Badan Perhubungan PAS Kedah



N. 35 KULIM

Mohd Khairi bin Mohd Salleh
Umur: 47 tahun
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains (UPM)
Jawatan politik: Naib Yang Dipertua PAS Kulim Bandar Baharu


N. 36 BANDAR BAHARU

Ustaz Rohaizat bin Jaafar
Umur: 46 tahun
Pendidikan: Diploma Pengajian Islam, Kuliah Darulnaim
Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Bandar Baharu

Wow!! - ‘Kami Bersatu Hati Dalam Gagasan Sejahtera’

$
0
0



PUTRAJAYA: Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, PAS menawarkan beberapa kerusi kepada parti itu untuk bertanding pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
Katanya, mereka bersetuju menerima beberapa kerusi dan menolak beberapa kerusi atas alasan tidak bersedia.
Beliau juga menjelaskan tiada sebarang pertelingkahan yang berlaku di antara parti komponen dalam Gagasan Sejahtera.
“Ringkasnya saya tahu dalam Gagasan Sejahtera ini kami tidak ada sebarang masalah dari segi rebutan kerusi dan sebagainya. Kami bersatu hatilah dalam Gagasan Sejahtera.
“Saya terbaca jugak dalam Youtube bahawa Ikatan keluar dari Gagasan Sejahtera kerana berebut kerusi dan sebagainya. Semuanya tak betul, tak betul ya. Kadang-kadang benda tu jadi tersebar luas jadi saya terpaksa menafikan la,” ujarnya dalam sidang media selepas program Pelancaran Dokumen Malaysia Sejahtera di sebuah hotel di sini, malam tadi.
Turut serta pada sidang media itu ialah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan dan Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Idris Ahmad serta Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan. 

– HARAKAHDAILY 24/4/2018

Tahniah!!! Bakal Calon PAS Bagi Parlimen Jerai Dari Kampungku.. Selamat Berjuang..

$
0
0


ALOR SETAR: PAS Kedah melakukan pertukaran calon di parlimen Jerai berikutan Ustaz Mohamad Ismail menarik diri berkaitan masalah teknikal melibatkan perundangan.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, kerusi tersebut diganti seorang pendidik, Ustaz  Sabri bin Haji Azit, 52.

Katanya, calon terbabit merupakan guru yang berkhidmat di Sekolah Menengah Muadzam Shah, Kota Sarang Semut.
"Beliau lulusan Universiti Malaya pada 1990 dan dilantik sebagai Munsyi Dewan Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2013," katanya pada sidang media di pejabat negeri hari ini.
Mohd Sabri yang tidak dapat hadir pada sidang media tersebut kerana mempunyai urusan di Kuala Lumpur.
Beliau menetap di Kampung Sungai Lentang, Yan, Kedah. Mempunyai seorang isteri dan 10 orang anak.

– HARAKAHDAILY 26/4/2018

Calon PAS Parlimen Jerai Pilihan Terbaik Untuk Masyarakat Jerai.. Moga Allah Berikan Kemenangan

$
0
0

Sabri memeluk ibunya meminta restu sebelum masuk ke dalam dewan penamaan calon

YAN - Meskipun mempunyai pertalian kekeluargaan dengan calon BN bagi kerusi Parlimen Jerai iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Calon Pas kerusi berkenaan, Sabri Azit tidak gentar untuk bertanding pada PRU14 ini.

Sabri, 52, berkata, ini adalah amanah jemaah parti dan beliau perlu melaksanakannya dengan baik.

Katanya, dari segi kekeluargaan beliau dan Jamil Khir mempunyai hubungan yang sangat baik.

“Saya sangat baik dengan Datuk Seri Jamil memandangkan kami adalah dua pupu,” katanya.
Menurut Sabri, meskipun pengalaman politik mereka berdua berbeza, namun beliau yakin dengan semangat yang ada pada ahli Pas Jerai mampu memberi sinar kepada parti.

“Kita boleh tengok fenomena politik Jerai yang tidak menentu ada ketika Pas juga pernah menang dan Insya-ALLAH kita akan berusaha sehabis baik,” katanya.

Sabri yang merupakan lulusan Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam meninggalkan bidang perguruan bagi memegang amanah daripada Pas.

“Saya pernah berkhidmat dengan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Ustaz Azizan dan pengalaman inilah akan saya guna pakai untuk memastikan Jerai memperoleh kemenangan kepada Pas,” katanya.

-SinarHarian


Biar Gambar Berbicara: JERAI!!! Sebak dan Pilu Menyelubungi Hari Penamaan Calon Di Perkarangan Dewan Dato' Madi

$
0
0




Sebak dan pilu menyelubungi hari penamaan calon bagi kerusi Parlimen Jerai. Calon PAS Ustaz Sabri Azit tidak dapat mengawal perasaannya semasa memeluk ibunya, Hajah Aishah yang berusia 75 tahun di luar pusat penamaan calon di Dewan Dato' Madi, Jalan Pantai Murni Yan sebaik sahaja ibunya yang agak uzur turut sama hadir walaupun terpaksa berjalan kaki agak jauh.


"Dia adalah anak yang baik dan mempunyai ramai anak-anak  murid dalam kawasan Jerai yang belajar dengannya. Mak Ndak berharap Allah swt beri kemenangan kepada PAS dan berharap dia berjaya!" kata ibunya.
Ustaz Sabri adalah calon terbaik untuk Parlimen Jerai. Beliau mendapat sokongan penuh dari kaum keluarga yang turut serta di hari penamaan calon walaupun terpaksa pulang dari jauh. Turut memberi sokongan yang luar biasa di hari penamaan calon pada hari ini. Diangarkan ahli dan penyokong PAS yang turut hadir memberi sokongan lebih lapan ribu orang.


Pencalonan Ustaz Sabri diumumkan oleh  Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada jam 12.04 tengahari. Persaingan 3 penjuru iaitu dari BN dan PKR.

Pencalonan turut juga melibatkan Untuk Dewan Undangan Negeri N20 Sungai Limau yang melibatkan pertandingan 3 penjuru. Calon PAS diwakili oleh penyandangnya iaitu Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat.

Bagi N21 Guar Chempedak diwakili Oleh Ustaz Musoddak Haji Ahmad manakala N22 Gurun melibatkan pertandingan 4 penjuru. Sdr Muzaini bin Azizan mewakili PAS













TERKINI!! Senarai Lengkap 158 Calon Parlimen PAS Seluruh Malaysia

$
0
0



SENARAI LENGKAP 158 CALON PARLIMEN PAS
(BESERTA NAMA YANG DIGUNAKAN PADA KERTAS UNDI)


PERLIS: 3
P.001 – PADANG BESAR: MOKHTAR BIN SENIK
P.002 – KANGAR: MOHAMAD ZAHID BIN IBRAHIM
P.003 – ARAU: HASHIM BIN HJ JASIN (BARU)

KEDAH: 15
P.004 – LANGKAWI: ZUBIR BIN AHMAD (BARU)
P.005 – JERLUN: ABD. GHANI BIN AHMAD
P.006 – KUBANG PASU: NORHAFIZA BINTI FADZIL
P.007 – PADANG TERAP: MOHAMAD AZAM BIN ABD MAJID @ ABD AZIZ
P.008 – POKOK SENA: MUHAMAD RADHI BIN MAT DIN
P.009 – ALOR SETAR: MUHAMMAD AMINUR SHAFIQ BIN MOHAMAD ABDUH
P.010 – KUALA KEDAH: MUHAMAD RIDUAN BIN OTHMAN
P.011 – PENDANG: AWANG BIN HASHIM

P.012 – JERAI: SABRI BIN AZIT

P.013 – SIK: AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN
P.014 – MERBOK: AHMAD FAUZI BIN RAMLI
P.015 – SUNGAI PETANI: SHARIR BIN LONG
P.016 – BALING: HASSAN BIN SAAD
P.017 – PADANG SERAI: MUHAMAD SOBRI BIN OSMAN
P.018 – KULIM-BANDAR BAHARU: ABDUL RAMAN BIN ABDUL RAZAK

KELANTAN: 14 
P.019 – TUMPAT: CHE ABDULLAH BIN MAT NAWI
P.020 – PENGKALAN CHEPA: AHMAD MARZUK BIN SHAARY
P.021 – KOTA BHARU: TAKIYUDDIN BIN HASSAN
P.022 – PASIR MAS: AHMAD FADHLI BIN SHAARI 
P.023 – RANTAU PANJANG: SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF
P.024 – KUBANG KERIAN: TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN
P.025 – BACHOK: NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ
P.026 – KETEREH: WAN ISMAIL BIN WAN JUSOH
P.027 – TANAH MERAH: JOHARI BIN MAT
P.028 – PASIR PUTEH: NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN SALLEH
P.029 – MACHANG: ZULKIFLI BIN MAMAT
P.030 – JELI: MOHAMAD BIN HAMID
P.031 – KUALA KRAI: ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN
P.032 – GUA MUSANG: ABDULLAH BIN HUSSEIN

TERENGGANU: 8 
P.033 – BESUT: RIDUAN BIN MOHAMAD NOR
P.034 – SETIU: SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD KADIR
P.035 – KUALA NERUS: MOHD KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI
P.036 – KUALA TERENGGANU: AHMAD AMZAD BIN MOHAMED @ HASHIM
P.037 – MARANG: ABDUL HADI BIN AWANG
P.038 – HULU TERENGGANU: MUHYIDIN BIN ABDUL RASHID
P.039 – DUNGUN: WAN HASSAN BIN MOHD RAMLI
P.040 – KEMAMAN: CHE ALIAS BIN HAMID

PULAU PINANG: 7 
P.041 – KEPALA BATAS: SITI MASTURA BINTI MUHAMMAD
P.042 – TASEK GELUGOR: RIZAL HAFIZ BIN RUSLAN
P.044 – PERMATANG PAUH: AFNAN HAMIMI BIN TAIB AZAMUDDEN
P.046 – BATU KAWAN: JAY KUMAR A/L BALAKRISHNA (BARU)
P.047 – NIBONG TEBAL: MOHD HELMI BIN HARUN
P.052 – BAYAN BARU: ISZUREE BIN IBRAHIM
P.053 – BALIK PULAU: MUHAMMAD IMRAN BIN MUHAMMAD SA'AD

PERAK: 21
P.054 – GERIK: MOHD DAHALAN BIN HJ ISMAIL
P.055 – LENGGONG: MUHAMMAD MUJAHID BIN MOHAMMAD FADZIL
P.056 – LARUT: ABU HUSIN BIN MOHMMAD
P.057 – PARIT BUNTAR: AHMAD AZHAR BIN SHARIN
P.058 – BAGAN SERAI: ROHAYA BINTI BAKAR
P.059 – BUKIT GANTANG: IDRIS BIN AHMAD
P.060 – TAIPING: IBRAHIM BIN ISMAIL (BARU)
P.061 – PADANG RENGAS: MOHAMAD AZALAN BIN MOHAMAD RADZI
P.062 – SUNGAI SIPUT: ISHAK BIN IBRAHIM
P.063 – TAMBUN: MUHAMAD ZULKIFLI BIN MOHAMAD ZAKARIA
P.067 – KUALA KANGSAR: KHALIL IDHAM LIM BIN ABDULLAH
P.068 – BERUAS: MOHAMAD NAZEER BIN M K M HAMEED (BARU)
P.069 – PARIT: NAJIHATUSSALEHAH BINTI AHMAD
P.070 – KAMPAR: YOUGAN A/L MAHALINGAM
P.071 – GOPENG: ISMAIL BIN ARIFFIN
P.072 – TAPAH: NORAZLI BIN MUSA
P.073 – PASIR SALAK: ZAFARULAZHAN BIN ZAN
P.074 – LUMUT: MOHAMMED ZAMRI BIN IBRAHIM
P.075 – BAGAN DATUK: ATA ABDUL MUNEIM BIN HASAN ADLI
P.076 – TELUK INTAN: AHMAD RAMADZAN BIN AHMAD DAUD
P.077 – TANJONG MALIM: MOHD TARMIZI BIN AB RAHMAN

PAHANG: 14
P.078 – CAMERON HIGHLANDS: WAN MAHADIR BIN WAN MAHMUD
P.079 – LIPIS: SOBIRIN BIN HJ DULI
P.080 – RAUB: MOHAMED NILAM BIN ABDUL MANAP
P.081 – JERANTUT: YOHANIS BIN AHMAD
P.082 – INDERA MAHKOTA: NASRUDIN BIN HASSAN
P.083 – KUANTAN: SULAIMAN BIN MD DERUS
P.084 – PAYA BESAR: MOHAMAD AZHAR BIN MOHD NOOR
P.085 – PEKAN: AHIATUDIN BIN DAUD
P.086 – MARAN: HASENAN BIN HARON
P.087 – KUALA KRAU: KAMAL BIN ASHAARI
P.088 – TEMERLOH: MD JUSOH BIN DARUS
P.089 – BENTONG: BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN
P.090 – BERA: MUSANIFF BIN AB. RAHMAN
P.091 – ROMPIN: M SHAHRUL NIZAM BIN ABDUL HALIFF

SELANGOR: 21 
P.092 – SABAK BERNAM: MUHAMMAD LABIB BIN ABD JALIL
P.093 – SUNGAI BESAR: MOHAMED SALLEH BIN M HUSIN
P.094 – HULU SELANGOR: WAN MAT BIN SULAIMAN
P.095 – TANJONG KARANG: NOR AZ AZLAN BIN AHMAD
P.096 – KUALA SELANGOR: MOHD FAKARUDDIN BIN ISMAIL
P.097 – SELAYANG: HASHIM BIN ABDUL KARIM (BARU)
P.098 – GOMBAK: KHAIRIL NIZAM BIN KHIRUDIN
P.099 – AMPANG: NURUL ISLAM BIN MOHAMED YUSOFF
P.100 – PANDAN: MOHAMED SUKRI BIN OMAR
P.101 – HULU LANGAT: CHE ROSLI BIN CHE MAT
P.102 – BANGI: MOHD SHAFIE BIN NGAH (TUKAR)
P.103 – PUCHONG: MOHAMAD ROSHARIZAN BIN MOHD ROZLAN
P.104 – SUBANG: MOHD SHAHIR BIN MOHD ADNAN (BARU)
P.105 – PETALING JAYA: NORAINI BINTI HUSSIN
P.107 – SUNGAI BULOH: NURIDAH BINTI MOHD SALLEH
P.108 – SHAH ALAM: MOHD ZUHDI BIN MARSUKI
P.109 – KAPAR: ABD RANI BIN OSMAN
P.110 – KLANG: KHAIRUL SHAH BIN ABDULLAH
P.111 – KOTA RAJA: MOHAMED DIAH BIN BAHARUN
P.112 – KUALA LANGAT: YAHYA BIN BABA
P.113 – SEPANG: SABIRIN BIN MARSONO

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR: 7
P.115 – BATU: AZHAR BIN YAHYA
P.116 – WANGSA MAJU: RAZALI BIN TUMIRIN
P.117 – SEGAMBUT: MOHD SOLLEH BIN AB RAZAK
P.118 – SETIAWANGSA: UBAID BIN ABD AKLA
P.119 – TITIWANGSA: MOHAMAD NOOR BIN MOHAMAD
P.121 – LEMBAH PANTAI: FAUZI BIN ABU BAKAR
P.124 – BANDAR TUN RAZAK: ROSNI BINTI ADAM

WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA: 1
P.125 – PUTRAJAYA: ZAINAL ABIDIN BIN KIDAM

NEGERI SEMBILAN: 8
P.126 – JELEBU: NORMAN BIN IPIN
P.127 – JEMPOL: MUSTAFFA BIN DAHARUN
P.128 – SEREMBAN: SHARIFUDDIN BIN AHMAD
P.129 – KUALA PILAH: RAFIEI BIN MUSTAPHA
P.130 – RASAH: MOHD KHAIRIL ANUAR BIN MOHD WAFA
P.131 – REMBAU: MUSTAFA BIN DOLAH
P.132 – PORT DICKSON: MAHFUZ BIN ROSLAN
P.133 – TAMPIN: ABDUL HALIM BIN ABU BAKAR

MELAKA: 5
P.134 – MASJID TANAH: MOHD NASIR BIN OTHMAN
P.135 – ALOR GAJAH: MOHAMMAD NAZREE BIN MOHAMMAD ARIS
P.136 – TANGGA BATU: ZULKIFLI BIN ISMAIL
P.137 – HANG TUAH JAYA: MD KHALID BIN KASSIM
P.139 – JASIN: ABD. ALIM BIN SHAPIE

JOHOR: 20
P.140 – SEGAMAT: KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
P.142 – LABIS: SARCHU BIN SAWAL
P.143 – PAGOH: AHMAD NAWFAL BIN MAHFODZ
P.144 – LEDANG: RUSMAN BIN KEMIN
P.145 – BAKRI: ZARUL @ MOHAMAD ZAHRUL BIN SALLEH
P.146 – MUAR: ABDUL AZIZ BIN TALIB
P.147 – PARIT SULONG: AHMAD ROSDI BIN BAHARI
P.148 – AYER HITAM: MARDI BIN MARWAN
P.149 – SRI GADING: M ASH'ARI BIN SIDON
P.150 – BATU PAHAT: MAHFODZ BIN MOHAMED
P.151 – SIMPANG RENGGAM: MOHD JUBRI BIN SELAMAT
P.152 – KLUANG: MUHAMMAD HASBULLAH BIN MD NAJIB
P.154 – MERSING: A. RAHMAN BIN A. HAMID
P.155 – TENGGARA: YUHANITA BINTI YUNAN
P.158 – TEBRAU: ABDULLAH BIN HUSIN
P.159 – PASIR GUDANG: AB. AZIZ BIN ABDULLAH
P.161 – PULAI: MOHD MAZRI BIN YAHYA
P.163 – KULAI: JUWAHIR BIN AMIN
P.164 – PONTIAN: BAHAROM BIN MOHAMAD
P.165 – TANJUNG PIAI: NORDIN BIN OTHMAN (BARU)
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN: 1
P.166 – LABUAN: AHMAD JUNID @ JUNIT B.MOHD ALING @ ALING

SABAH: 8
P.169 – KOTA BELUD: LAIMAN BIN IKIN @ AG LAIMAN B.KAKIMIN
P.170 – TUARAN: PAUMIN @ MOHD AMINUDDIN BIN ALING
P.173 – PUTATAN: ZULZAIM HILMEE BIN ABIDIN
P.185 – BATU SAPI: NORSAH BINTI BONGSU
P.188 – SILAM: RAMLI BIN PATARUDDIN
P.189 – SEMPORNA: ABDUL NASIR BIN AB RAUP
P.190 – TAWAU: MOHAMAD BIN HUSAIN
P.191 – KALABAKAN: NORBIN BIN ALOH

SARAWAK: 5 
P.194 – PETRA JAYA: HAMDAN BIN SANI
P.197 – KOTA SAMARAHAN: ZULKIPLI BIN RAMZI
P.200 – BATANG SADONG: ASAN BIN SINGKRO
P.201 – BATANG LUPAR: WAN ABDILLAH BIN WAN AHMAD
P.218 – SIBUTI: ZULAIHI BIN BAKAR

(DIAMBIL DARI DATA RASMI SPR)
oleh: Dr. Kamarul Yusoff

P012 JERAI!! Selamat Menyambut Hari Pekerja.. Jom Bekerja Untuk Islam

$
0
0



SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA DAN SELAMAT CUTI-CUTI MALAYSIA
"Hari Pekerja disambut sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara. Ianya juga secara tak langsung memberi pengiktirafan kepada majikan yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat industri yang produktif, bermaklumat, berdisiplin, penyayang serta responsif kepada perubahan persekitaran pekerjaan."


#BekerjaUntuk Islam

Allahu Rabbi!! Bob Lokman Turun Kempen Dengan Bawa 'Tangki Oksigen"

$
0
0



KOTA BHARU: Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman, 54 membawa tangki oksigen mudah alih ketika turun membantu calon PAS berkempen.
Katanya situasi kesihatannya sekarang semakin menurun, menyebabkan beliau membawa tong oksigen ke mana sahaja pergi.
Bagaimanapun menurutnya beliau merasakan ada suatu kekuatan untuk turut menyumbang khidmat sekadar termampu bagi memastikan kemenangan PAS.
“Saya tiada pilihan hendak duduk sahaja pun, saya sudah tidak sihat dan tidak larat jalan, hendak jadi orang politik pun tidak pandai, jadi ambil peluang ini untuk bantu agar Islam menang.
“Bukan dengan Barisan Nasional dan Umno lawan PAS sudah lama, tetapi Amanah walaupun dia tidak kuat tetapi gerakan fitnah bagi memburuk-buruk PAS itu sangat kuat,” katanya ketika ditemui di sini. 
 HARAKAHDAILY 1/5/2018

Terkini: Analisa Bandingan PRU 13 Dan PRU 14 Untuk Kerusi Parlimen Dan DUN

$
0
0

Sentiasa ada kelebihan di balik kekalahan, Allah SWT. tangguhkan  kemenangan. Bersabarlah wahai Ansorullah. 


Kejayaan Pasti Tiba




PULAK!! PRK CH: Umno Didakwa Rasuah Kanak-Kanak Dengan Gula-Gula

$
0
0


Pengendali Facebook Kami Sayang Tun Mahathir telah memuat naik beberapa gambar memaparkan Ketua Puteri Umno Malaysia, Zahida Zarik Khan memberikan gula-gula kepada kanak-kanak Orang Asli berikutan tularnya gambar wanita PH memberi wang kepada pengundi di Cameron Highlands, semalam.
Merekan menyifatkan pemberian itu sebagai satu rasuah kerana ia diberikan sewaktu kempen pilihan raya kecil (PRK) berjalan.

Tindakan admin itu seolah-olah mahu ‘membalas dendam’ terhadap netizen yang menyebarkan gambar wanita PH itu di media sosial.
Bagaimanapun, ia memakan diri selepas netizen menghentam kembali tindakan admin Facebook tersebut yang masih mahu menegakkan benang yang basah.








Jika sebelum ini PH begitu lantang mengkritik BN menggunakan politik wang ketika pilihanraya, mereka juga menggunakan taktik yang sama selepas mendapat kuasa.
Apa yang pelik penyokong-penyokong PH yang dipanggil ‘mahacai’ masih setia mempertahankan pemimpin-pemimpin mereka yang kini teruk dihentam oleh rakyat.

PRESIDEN PAS: SEMBAH TAKZIM PEMASYHURAN KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG XVI

$
0
0




Merafak sembah dan menjunjung kasih di atas permasyhuran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI.

Patik, pimpinan dan sekalian ahli PAS mendoakan KDYMM Sultan Abdullah sentiasa berada dalam peliharaan Allah dan bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan, bagi memayungi rakyat dengan hidayah dan Syariat Ilahi.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Dirgahayu Tuanku.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

LIVE Malaysia vs Cambodia Sukan SEA 2019- Jom Saksikan

$
0
0

 LIVE 

Malaysia vs Cambodia 

Sukan SEA 2019






sorotan GOL

Datuk Nassier Wahab Meninggal Dunia

$
0
0
Datuk Nassier Wahab meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Penyanyi era 80-an Datuk Nassier Wahab meninggal dunia kira-kira jam 12.45 pagi Khamis di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya, lapor Astro Gempak.



Berita tersebut dikongsi rakan karib Allahyarham, Zur Eda yang juga teman seangkatannya dalam industri hiburan tanah air menerusi perkongsian di aplikasi Whatsapp.

“Innalillahi-wainnaillah-hirojiun... Dukacita dimaklumkan Datuk Haji Nassier Wahab baru sahaja menghembuskan nafasnya terakhir pada pukul 12.45 pagi di UMSC.
“Mohon sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh para solihin,” tulisnya ringkas.





Sementara itu, seorang lagi teman seangkatan Nassier dari zaman popularnya, iaitu Azizul Khamis turut berkongsi khabar duka itu menerusi akaun laman sosialnya.

"Allahu Akbar. Al-Fatihah dengan bacaan untuk sahabat saya... Dato’ Nassier Wahab baru saja menghembuskan nafas terakhirnya malam ini tadi."

"Al-Fatihah.. Semoga rohnya tenang di sana," kata Azizul menerusi hantaran Facebook.




Pada 1 Jun lalu, Nassier, 57, pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, setelah mengalami kesakitan sejak lima tahun lalu di bahagian gusi.


Selepas pembedahan tersebut, penyanyi lagu Sekali Aku Jatuh Cinta itu berehat buat satu tempoh sementara tahap kesihatannya kembali  pulih.



Terdahulu, pada April 2018, Nassier pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.



Allahyarham pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kedua pada tahun 2015, dan berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan.



Allahyarham juga pernah menjadi salah seorang selebriti jemputan untuk membacakan berita Komuniti AWANI, program yang menyampaikan kisah-kisah masyarakat di Astro AWANI.


Viewing all 519 articles
Browse latest View live