Quantcast
Channel: SEDAKA Sejahtera™
Viewing all 519 articles
Browse latest View live

Yes, We Are Back

$
0
0


Selamat Menyambut Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2020. 

Dengan tema ‘Connect 2030: ICTs for the Sustainable Development Goals (SDGs)’.‬

Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (World Telecommunications and Information Society Day) atau WTISD yang disambut 17 Mei setiap tahun, bertemakan Connect 2030: ICT for Sustainable Development Goals, memberi fokus kepada kemajuan dan kemunculan trend baharu ICT sebagai pemangkin pembangunan pintar dan mampan selain memelihara ekonomi, alam sekitar dan sosial.


Komitmen pihak Kerajaan untuk memastikan kesalinghubungan dalam negara turut dizahirkan melalui laporan prestasi industri Komunikasi dan Multimedia (C&M) yang dikeluarkan saban tahun. Sepanjang tahun 2019, secara keseluruhannya industri C&M di Malaysia mencatatkan prestasi yang baik dengan nilai permodalan pasaran (market capitalisation) keseluruhan mencecah RM144.01 bilion melibatkan sumbangan sektor perkhidmatan telekomunikasi, penyiaran serta pos dan kurier.

MCMC amat komited untuk memastikan masyarakat di negara ini terus terhubung dan berupaya untuk memperoleh faedah daripada kesalinghubungan yang berkualiti tinggi dengan menaik taraf rangkaian mudah alih dan gentian optik bagi meningkatkan kapasiti serta kualiti rangkaian sekaligus membolehkan sektor telekomunikasi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan

"Yes, we are back (ya, kami kembali),"


Daripada Admin Sedaka Sejahtera

AKHIRNYA Mukhriz ‘Menyerah Kalah’ Buat Kali Kedua Sebagai MB ku, Umum LETAK JAWATAN Hari Ini?

$
0
0

Bukan lagi satu rahsia dalam kalangan pengamal media di Kedah, pagi ini jam 10 pagi Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengadakan satu sidang media tergempar bagi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah.

Sumber turut mendedahkan, Mukhriz yang juga merupakan anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah dimaklumkan bahawa kerajaan yang  diterajuinya sudah hilang sokongan majoriti. 
Bakal MB baru akan dilantik
Oleh yang demikian, Mukhriz yang sebelum ini masih lagi ‘yakin’ dapat bertahan akhirnya akur dan membuat keputusan untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Menteri Besar baharu untuk memegang tampuk kuasa negeri itu.
“Seperti sejarah lalu ketika 2016, ianya bakal berulang sekali lagi buat kerajaan Mukhriz. Sebenarnya sudah beberapa lama kebelakangan ini beliau kehilangan majoriti ini.
“Sejurus selepas pengumuman peletakan jawatan itu, parti Pas akan membuat sidang media berkaitan Menteri Besar baharu di Alor Setar esok,” katanya ringkas tanpa memberi butiran terperinci.
Difahamkan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Muhammad Sanusi Md Nor akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah baharu pada sebelah petang di Wisma Darul Aman.
Ketika ini kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri giat melakukan persiapan majlis angkat sumpah Menteri Besar baharu.
Suasana politik di Kedah semakin panas apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi ADUN Bebas, dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).
Good bye!!!
Mereka adalah ADUN Lunas Azman Nasrudin dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee.
Tindakan Azman dan Ling itu menyaksikan kedudukan kerusi PH dan Bersatu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkurangan kepada 17 berbanding 19 sebelum ini.
Pas dan UMNO yang sebelum ini memiliki 17 kerusi (Pas-15, UMNO-2) dijangka menubuhkan kerajaan negeri baharu dengan sokongan dua wakil rakyat tersebut, dengan majoriti mudah 19 kerusi. 
–Dipetik dari  MalaysiaGazette

SAH!! ADUN Jeneri, YB Muhammad Sanusi Md Nor Angkat Sumpah Jawatan MB Kedah Ke-14 Petang Nanti

$
0
0
Wartawan mula berkumpul di hadapan Wisma Darul Aman, 
bagi liputan sidang media dan majlis angkat sumpah Menteri Besar baharu


ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dijadual mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah Ke-14, pada jam 2 petang ini.
Pada jam 10 pagi ini, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatan beliau sebelum diikuti pengumuman pelantikan Menteri Besar baharu.



Pengumuman terbabit akan dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim sebelum majlis angkat sumpah dilakukan di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Ketika ini, kumpulan wartawan mula berkumpul di hadapan Wisma Darul Aman di sini, bagi liputan sidang media dan majlis angkat sumpah Menteri Besar baharu.

-Sumber Berita Harian

TERKINI.. Dato' Seri Utama Hj Mukhriz Tun Mahathir Letak Jawatan Menteri Besar Kedah (Ada Rakaman Video)

$
0
0
SIDANG MEDIA PERLETAKAN JAWATAN MB KEDAH KE-13
Dato' Seri Utama Hj Mukhriz Tun Mahathir dari Wisma Darul Aman, Alor Setar.



Mukhriz Mahathir hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar berkuat kuasa serta-merta selepas tidak lagi memiliki sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Timbalan Presiden Bersatu itu berkata beliau sudah mengemukakan perkara itu kepada Sultan Kedah.

"Saya sudah sembah maklum kepada sultan atas sebab saya hilang majoriti, saya dengan ini meletak jawatan menteri besar berkuat kuasa serta merta," katanya dalam sidang media di Wisam Darul Aman hari ini.
Ini kali kedua Mukhriz terpaksa melepaskan jawatan sebagai menteri besar selepas mengalaminya pada 2016 di bawah pentadbiran BN.

Terkini!! YAB Tuan Hj Muhammad Sanusi Md Nor, ADUN Jeneri Angkat Sumpah Jawatan MB Kedah ke-14

$
0
0


ALOR SETAR, 17 Mei -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu di Wisma Darul Aman, di sini.
Muhammad Sanusi, 46, melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, 3.05 petang ini pada majlis yang berlangsung di Pejabat Sultan Kedah di wisma berkenaan.

Hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim mengumumkan bahawa Sultan Sallehuddin telah memperkenan pelantikan Muhammad Sanusi sebagai Menteri Besar Kedah ke-14.

Pelantikan itu dibuat mengikut peruntukan di bawah Perkara 35 dan 37(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah selepas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah itu mendapat sokongan majoriti ADUN.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Muhammad Sanusi menang kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan Mahadzir Abdul Hamid (BN-UMNO) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PH-PPBM) dengan majoriti 2,455 undi.
Terdahulu, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mengumumkan melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta merta selepas kehilangan kepercayaan majoriti ADUN negeri ini.
-- BERNAMA

Dr. Riduan: Kedah Bertukar Tampuk Pemerintahan: Menghijaukan Negeri Jelapang Padi

$
0
0

Kurang daripada seminggu umat Islam akan menyambut hari lebaran, ironinya rakyat Kedah pula mendapat kerajaan baru dengan berlakunya pergeseran dalam politik PKR. Bukan sekadar pakaian baru, langsir dan hiasan baru sempena meraikan satu Syawal, namun mendapat juga kerajaan baru dan Menteri Besar baru. Teori domino yang menjadi sebutan dalam era perang dingin dan persaingan blok komunis-kapitalis kini diratib semula. Kejatuhan satu petak akan membawa kepada kejatuhan petak-petak yang lain, kini selepas Johor, Melaka, Perak maka Kedah bertukar tampuk pemerintahan.

Seorang mantan MB Kedah daripada BN pernah menyebut tentang korelasi antara "padi, pondok dan PAS" dan beliau merujuk kepada fenomena kekuatan PAS di negeri jelapang padi ini.Tuan Guru Othman al Yunusi telah menubuhkan PAS pada 6 september 1952 di Madrasah an Nahdah Bukit Besar, dengan dokongan agamawan dan para asatizah. Semenjak awal PAS berkubu di pondok dan Sekolah Agama Rakyat di seluruh negeri Kedah. Cawangan pertama PAS di Kedah ialah di Bukit Besar, manakala tokoh muda PAS seperti Ustaz amaluddin Darus telah berusaha untuk mengembangkan PAS di negeri Kelantan. Almarhum Ustaz Amaluddin juga telah menemui guru-guru pondok di Kelantan untuk menerangkan nuansa perjuangan PAS sehingga Kelantan menjadi pengkalan kuasa kepada PAS semenjak dekad 1950an.


Berbeda dengan Terengganu ataupun Kelantan, Kedah agak unik dengan pengaruh PAS berkubu kuat di kawasan agrarian, dimana institusi pondok dan sekolah agama rakyat berfungsi untuk mencerdaskan rakyat. Manakala di Terengganu dan Kelantan pula, semakin terperusuk jauh di pedalaman maka UMNO semakin bertakhta merantai fikiran dan akal budi rakyat.

Negeri yang pernah berdaulat Raja Merong Mahawangsa ini juga tak lekang dengan sejarah pertembungan, pembantaian, serta melahirkan ramai tokoh-tokoh pimpinan pelbagai parti politik. Pada tahun 1955 telah berlangsung Rundingan Baling antara pihak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan pimpinan PKM. Namun pemberontakan Bintang Tiga gagal untuk ditamatkan dengan perjanjian tersebut.

Pada tahun 1974 berlaku bantahan awam di Baling Kedah akibat kegelisahan sosio ekonomi rakyat jembel dan mahasiswa. Peristiwa yang memicu kebangkitan gerakan mahasiswa ini berakhir dengan tangkapan ISA besar-besaran kepada pimpinan pelajar di seluruh negara. Pada tahun 1980 pula, regim BN telah menahan pimpinan pemuda di kedah akibat demonstrasi padi. Antara yang ditahan ialah Ustaz Abdul Halim Arsyad, Ustaz Othman Marzuki, Haji Rafie, Haji Salahudin Mansor dan lain-lain tokoh pemuda.

Kedah memahat sejarah dengan pembunuhan aktivis PAS, Ustaz Othman Talib pada tahun 1985 di Felda Lubuk Merbau, Padang Terap dalam Pilihanraya Kecil. Pada 19 November 1985 Tragedi Memali telah mencuri lensa berita dalam dan luar negara. 14 orang ahli-ahli PAS telah dibunuh termasuk Ustaz Ibrahim Mahmud dalam peristiwa berdarah yang kekal menjadi bagasi sejarah kepada regim Dr Mahathir.

PAS kedah terus bangkit mempersada perjuangan, menyemarakkan jihad ta'lim seperti suburnya jaringan sekolah rendah SRIDU. Pimpinan PAS Kedah iaitu Almarhum Ustaz Fadhil Noor yang terinspirasi dengan kompleks Jamiat Islami di Pakistan maka lahirlah Muassasah Darul Ulum di Pokok Sena. Kolej Islam Darul Ulum adalah lambang kesungguhan Perhubungan PAS Kedah untuk mencetak generasi kepimpinan dan keseriusan membina perkaderan.

Usaha membina Muassasah Darul Ulum dibayar dengan harga yang sangat mahal termasuk dengan tangkapan ISA yang dikenali sebagai Operasi Kenari pada tahun 1988. Aktivis PAS Kedah terus bangkit melebarkan pengaruh perjuangan Islam, sehinggalah pada tahun 2008, PAS Kedah telah berjaya merengkuh kekuasaan.



Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato Seri Azizan Razak telah dilantik sebagai MB Kedah yang kesepuluh. Almarhum dalam tempoh sepenggal pemerintahan telah berjaya melakarkan pelbagai kejayaan yang sangat manis. Antaranya pemerkasaan pendidikan tinggi, pengupayaan ekonomi walaupun negeri ini terhad dengan sumber khazanah.

DS Ustaz Azizan Razak mantan Pensyarah kanan FPI UKM, dengan pakej kompetensi, karisma kepimpinan dan keteguhan visi mampu menjadikan negeri Kedah cemerlang. Kegiatan jihad pendidikan sangat subur, maahad tahfiz dan madrasah seperti cendawan tumbuh selepas hujan di negeri Jelapang padi negara ini. Usaha menjadikan Kedah sebagai negeri berbudaya ilmu agak terencat di zaman PH memerintah apabila halangan demi halangan berlaku kepada aktiviti kuliah-kuliah agama di masjid. Pendakwah dan tokoh-tokoh agama yang pernah dihalang menyampaikan ilmu seperti Ustaz Ahmad Dasuki, Dato Tuan Ibrahim, Ustaz Nasuruddin Daud, Ustaz Husam, Ustaz Nasrudin Tantawi dan puluhan yang lain.




Berita pertukaran kerajaan dan perlantikan ADUN Jeneri, YB Mohd Sanusi Mohd Nor yang juga mantan Setiausaha Politik Almarhum Ustaz Azizan sebagai Menteri Besar Kedah yang baru seperti khabar gembira yang paling indah sempena lebaran musim PKP ini. YB Mohd Sanusi adalah tokoh yang layak menakhoda negeri Kedah dengan segudang pengalaman mentadbir bersama Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak. Beliau yang juga aktivis bantuan kemanusiaan, terlibat dengan banyak misi-misi dalam dan luar negara, membantu peta luka umat Islam. Sebagai Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dan juga Ketua Pembangkang DUN Kedah sebelum ini. Kedah akan dipacu dengan model berkerangkakan Syariah dan menjadi negeri pengkalan kuasa kepada PAS, selain daripada Kelantan dan juga Terengganu.

Dr Riduan Mohamad Nor.
(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI)

Terkini: Sidang Dewan Rakyat Hari Ini - Petugas Mula Memasuki Bangunan Parlimen

$
0
0

ANGGOTA keselamatan dilihat mengawal laluan masuk ke bangunan Parlimen sejak awal pagi sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 hari ini.
Turut kelihatan dua kereta perisai Barracuda yang memasuki bangunan berkenaan pada 8.05 pagi.
Setakat ini petugas parlimen kelihatan mula memasuki bangunan berkenaan.
Sidang Dewan Rakyat hari ini hanya bagi urusan Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ia susulan penularan wabak Covid-19 dalam negara yang masih belum reda sepenuhnya.
Titah baginda dijangka bermula pada 10 pagi, dengan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bersidang serentak.


Sebelum itu, seramai 950 individu terdiri daripada Ahli Parlimen, Senator, warga kerja Parlimen serta petugas media yang dijadual berada di bangunan Parlimen semasa persidangan sehari penggal ketiga Parlimen ke-14 sudah menjalani ujian saringan Covid-19 secara berperingkat mulai 13 Mei bagi memastikan mereka yang hadir bebas wabak itu.
Seramai 220 daripada 222 Ahli Parlimen disahkan negatif Covid-19 sekali gus membolehkan mereka menghadiri persidangan hari ini, manakala dua lagi sedang dikuarantinkan kerana mempunyai kontak dengan kes positif Covid-19.
Pertemuan 222 Ahli Parlimen itu asalnya dijadual pada 9 Mac sehingga 16 April lalu, namun ditangguhkan kepada persidangan sehari pada 18 Mei berikutan penularan wabak Covid-19 yang menyebabkan kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan.
Persidangan sehari Dewan Rakyat itu selari dengan Perkara 55 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa dewan hendaklah bersidang tidak lebih dari enam bulan selepas sidang terakhirnya.
Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen ke-14 ditangguh pada 5 Disember tahun lalu, selepas 36 hari bersidang bermula 7 Oktober 2019.

-Harian Metro

LIVE Sidang Parlimen : Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Majlis Parlimen Ke-14


Bergambar: Warna Warni Sidang Parlimen Hari Ini -114 Ahli Parlimen Duduk Di Blok Kerajaan

$
0
0
Sidang Dewan Rakyat hari ini menyaksikan seramai 114 ahli parlimen duduk di blok kerajaan sekali gus memberi gambaran bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Mengikut cadangan tempat duduk Dewan Rakyat yang dikeluarkan hari ini menunjukkan bahawa seramai 114 ahli parlimen duduk di blok kerajaan. 
Seramai 107 ahli parlimen termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad duduk di blok pembangkang.
Bekas Menteri Kerja Raya Baru Bian juga duduk di blok pembangkang sebagai ahli parlimen Bebas.







Hot!! Corak Pemerintahan AlMarhum Ustaz Azizan Akan Diteruskan Oleh MB Kedah Yang Baharu

$
0
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor akan meneruskan corak pemerintahan dibawa bekas Menteri Besar Kedah ke-10, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dalam pentadbirannya.
Menurut beliau, pesanan Allahyarham masih terngiang dalam ingatannya dan ia bakal menjadi pegangan dalam mencorakkan hala tuju negeri Kedah.

"Pesanan Ustaz Azizan kepada saya, bekerja di waktu singkat (dunia), berehat di waktu panjang (akhirat), kata-kata Allahyarham ini memberi peringatan agar kita bekerja, berkorban dan berfikir untuk orang ramai, bukan untuk kepentingan diri sendiri. Itu yang Ustaz Azizan lakukan, saya juga akan lakukan perkara yang sama," katanya ketika ditemui di pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Muhammad Sanusi berkata, amanah yang dipikulnya bukan untuk meraih kekayaan atau kelebihan untuk diri sendiri, sebaliknya harus mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri.


"Sini tempat orang bekerja, bukan tempat untuk cari keistimewaan. Di sinilah tempat Ustaz Azizan bekerja bertungkus-lumus, tidak cuti atau rehat untuk bangunkan negeri," katanya.
Menurutnya, pejabat menteri besar hendaklah menjadi wadah bagi membincangkan perkara serius dalam memacu pembangunan negeri dan rakyat.
Muhammad Sanusi yang merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Azizan(2008-2013) seakan sebak ketika mengimbau kenangan bersama Ustaz Azizan selama sepenggal mentadbir negeri ini.
"Allahyarham duduk di bilik ini selama lima tahun, bekerja untuk rakyat. Saya rasa saya boleh buat apa yang terbaik untuk Kedah," katanya.
Beliau turut mengumumkan pelantikan Naib Ketua Pemuda Pas Malaysia, Afnan Hamimi Taib Azamudden sebagai Setiausaha Politik manakala Muhamad Mat Yakim yang sebelum ini merupakan Felo Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai Setiausaha Akhbar berkuatkuasa hari ini.
Terdahulu, Muhammad Sanusi tiba di pejabatnya di Wisma Darul Aman bagi memulakan tugas secara rasmi hari ini.
Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar, Datuk Armishah Siraj, sebelum mengetip kad perakam waktu pada jam 8.43 pagi.
Muhammad Sanusi kemudian meluangkan masa beramah mesra dengan kaki tangan pejabat Menteri Besar, sebelum memulakan tugas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah ke-14 di hadapan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah semalam.
Beliau menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas ADUN Jitra itu melepaskan jawatan setelah hilang kepercayaan ADUN Kedah, apabila Perikatan Nasional beroleh 23 sokongan ADUN.
-SinarHarian

HOT: Foto Ahli Parlimen Tak Praktik Penjarakan Sosial Semasa Bergambar Terima Kritikan

$
0
0

Pagi tadi, Persidangan Dewan Rakyat telah menyaksikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-14. Perasmian pembukaan sidang Parlimen tersebut dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Bangunan Parlimen.
Menerusi Facebook Teresa Kok,  Ahli Parlimen Seputeh ini memuat naik foto beliau bersama beberapa orang lagi Ahli Parlimen yang turut hadir ke majlis tersebut termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto yang dimuat naik Teresa ternyata mendapat pelbagai komen daripada netizen kerana tidak mengamalkan penjarakan sosial dan memakai topeng muka.

We also didn’t shake each other’s hand

Today I attended the opening of the Parliament sitting officiated by the King. This parliament session shifted from 9 March to today due to Covid-19 pandemic. All MPs who have passed the Covid-19 test practised social distancing and wore face masks in the parliament. We also didn’t shake each other’s hand, but we greeted each other with elbows. We had a short chat with Tun Mahathir prior to the arrival of the King. He looked good and with fighting spirit.
I was happy to see former minister Baru Bian, he has quit PKR but he still supports Tun Mahathir. The long-awaited parliament sitting today only lasted for one hour, after the King ended his opening speech. The Perikatan Nasional government cancelled the short sitting after the King’s speech after Tun Mahathir presented the no-confidence motion to the Speaker. This move made most people doubtful whether PN has enough MPs on its side. Today is a dark day and sad day in Parliament. Hopefully when the parliament sitting resumes in July, PH will be switched back to our sitting position again.
Menurut Teresa, kesemua Ahli Parlimen yang telah lulus ujian Covid-19 mengamalkan penjarakan sosial dan memakai topeng muka sewaktu berada di Parlimen pagi tadi. Tambahnya, mereka juga tidak bersalaman, tetapi saling menyapa dengan siku. Sebelum ketibaan Raja, Teresa memberitahu bahawa beliau sempat berbual dengan Tun Mahathir dan mereka sangat bersemangat untuk berjuang.
Pada masa yang sama, perasaan gembira melihat bekas menteri Baru Bian, yang masih menyokong Tun Mahathir meskipun sudah keluar dari parti PKR turut diungkapkan. Mengenai persidangan hari ini, beliau memberitahu ianya hanya berlangsung selama satu jam. Katanya lagi, Kerajaan Perikatan Nasional telah membatalkan persidangan pendek selepas ucapan Raja setelah Tun Mahathir mengemukakan usul tidak percaya kepada Speaker. Langkah ini membuat kebanyakan orang ragu-ragu sama ada PN mempunyai cukup MP di pihaknya. Beliau juga berharap persidangan parlimen disambung semula pada bulan Julai dan PH akan kembali ke posisi mereka semula.

Mana social distancing?

Di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen mengenai penjarakan sosial dan topeng muka. Menurut netizen, mereka mendakwa foto yang dimuat naik Ahli Parlimen Seputeh itu tidak sama dengan kapsyen yang ditulis olehnya kerana mereka tidak nampak sebarang penjarakan sosial di dalam foto berkenaan.
Sumber: Teresa Kok
-Ohbulan.com

Fuh!!! Kawariq Soup Bukit Besar Lazat - Pengerak Perniagaan Kreatif Beli Nasi Arab Dapat Talam Sekali

$
0
0
 Mohamad Lutfi menunjukkan hidangan nasi Arab dalam talam yang 
telah ditempah oleh pelanggannya


KREATIF dan cepat bertindak berjaya membantu pemilik Kawariq Soup, Mohamad Lutfi Mohamad Bakhi menjamin kestabilan bisnes makanan dan minuman (F & B) yang diusahakan di Bukit Besar, Kedah.
Beliau yang menjual sup kaki kambing sebelum ini tampil dengan menu baharu iaitu nasi Arab dalam talam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Ramadan.
Perniagaannya mendapat perhatian ramai apabila usahawan berusia 25 tahun itu menjual nasib Arab kepada pelanggan dengan talamnya sekali.
Mohamad Lutfi berkata, dia melakukan cara tersebut kerana mahu mencari kelainan sebagai usaha untuk terus menjana pendapatan dalam waktu sukar.
“Saya mendapat idea menghidangkan nasi Arab dalam talam kerana saya tidak mempunyai restoran sendiri untuk menjalankan kerja-kerja pembungkusan.

“Kekangan ini menyebabkan saya mengambil keputusan menjual nasi Arab dalam talam dan dengan memberikan sekali talam kepada pelanggan,” katanya kepada Bisnes Sinar.
Mohamad Lutfi berkata, dia menjual nasi Arab dalam talam kerana mahu memberi pengalaman kepada pelanggan menikmati sajian berkenaan seperti di negara Timur Tengah.
“Kami menerima maklum balas yang positif daripada pelanggan dan mereka berpuas hati dengan rasa dan keenakan serta saiz nasi, ayam dan kambing yang disediakan.
Kebanyakan mereka akan menempah berulang kali. Malah ada juga pelanggan memberitahu seolah-olah menikmati nasi Arab ketika melakukan ibadah umrah,” katanya.
Modal RM50
Mohamad Lutfi berkata, beliau hanya menggunakan modal sebanyak RM50 untuk memulakan perniagaan nasi Arab dalam talam itu.
“Saya mahu berniaga kecil-kecilan sahaja kerana pada peringkat awal PKP dilaksanakan saya telah menghabiskan banyak wang kerana tiada pekerjaan.
“Namun, tempahan diterima semakin hari semakin meningkat. Daripada 25 talam saya menerima sehingga 60 talam ketika PKP sepanjang Ramadan,” katanya.
Menurutnya, perniagaan nasi Arab dalam talam itu dipromosikan melalui platform media sosial.
“Pelanggan akan menempah dengan menghubungi saya atau meninggalkan pesanan di Facebook
“Saya juga hanya menyediakan nasi Arab dalam talam berdasarkan tempahan yang diterima sehari sebelum penghantaran dilakukan,” katanya.
Menurutnya, harga ditawarkan juga berpatutan dengan kualiti dan kuantiti makanan disediakan.
“Saya menjual set nasi Arab dalam talam pilihan ayam pada harga RM45, set pilihan kambing (RM65) dan set pilihan campur ayam dan kambing (RM60).
“Sup kaki kambing saya jual pada harga RM8 dan untuk kombo pula harganya RM80,” katanya.
Selain nasi Arab dan sup kaki kambing, Mohamad Lutfi turut menjual nasi Arab mandi ayam dan kambing.
Malah, dia juga ada menjual nasi herba yang menggunakan resipi sendiri serta sambal bilis teruna.
Kesegaran
Bagi menjamin kesegaran ayam dan kambing yang dimasak, Mohamad Lutfi berkata, dia mengambil bahan mentah daripada penduduk tempatan.
“Alhamdulillah, saya mudah memperoleh bahan mentah yang diperlukan dan peniaga akan menghantarnya pada setiap hari.
“Saya gembira kerana secara tidak langsung perniagaan nasi Arab dalam talam ini telah mewujudkan ekosistem perniagaan yang rancak di kawasan saya,” katanya.
Bagaimanapun, Mohamad Lutfi berkata, dia berdepan dengan masalah bekalan talam susulan permintaan nasi Arab yang meningkat.
“Talam sukar diperoleh ketika tempoh PKP dan saya terpaksa mencarinya di seluruh Kedah untuk memenuhi keperluan.
“Penghantar makanan pun turut membantu saya mencari talam,” katanya.
Mohammad Lutfi berkata, dia bersyukur kerana perniagaan yang diusahakan itu semakin berkembang maju.

Tudiaa!!! PKPB: Polis Akan Ligan Sampai Ke Rumah Atau Kampung Jika Ingkar Rentas Negeri

$
0
0

Pihak berkuasa mungkin akan menjalankan pemeriksaan sehingga ke kawasan perumahan dan kampung mereka yang melakukan rentas negeri tanpa kebenaran untuk pulang menyambut hari raya Aidilfitri, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

BH Online hari ini melaporkan, pihak polis dan angkatan tentera tidak memandang enteng kesalahan tersebut dan akan mengesan individu yang disyaki melanggar PKPB.
"Selain daripada melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya, polis akan menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan dan kampung untuk mengesan mereka yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan bergerak melampaui perbatasan negeri untuk balik berhari raya.

"Bagi tujuan ini pasukan pemantau PDRM dan ATM akan meninjau rumah di taman perumahan dan kampung di seluruh negara," katanya.
Jelasnya, pihak polis boleh berbuat demikian memandangkan mereka mempunyai rekod butiran individu dan kenderaan yang diberikan permit untuk melakukan rentas negeri.
"Polis memiliki rekod butiran individu serta kenderaan mereka yang diberikan permit atau kebenaran untuk melakukan pergerakan antara negeri," katanya.
Sementara itu, Abdul Hamid dipetik Bernama memaklumkan polis telah menubuhkan pasukan khas bagi mengesan individu yang melakukan pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran untuk menyambut Aidilfitri.
"Arahan telah dikeluarkan kepada semua ketua polis negeri untuk mengambil tindakan (pemantauan di seluruh negara)," katanya.
Menurut beliau lagi, orang ramai yang berhasrat melakukan perjalanan rentas negeri perlu mempunyai alasan munasabah serta mendapat kebenaran pihak polis terlebih dahulu.
"(Pergerakan rentas negeri) boleh dilakukan tetapi perlu ada alasan yang wajar serta mendapat permit polis," katanya.
Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 1,175 kenderaan dikesan cuba merentas negeri diarah berpatah balik, dua hari lalu.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk melupakan hasrat merentas negeri untuk balik kampung kerana ia sudah tentu menyusahkan diri sendiri apabila diarahkan untuk berpatah balik. 

TERKINI!!! Peletakan Jawatan Tun M Sebagai Pengerusi BERSATU Adalah SAH: kata Pendaftar Pertubuhan

$
0
0

Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengesahkan bahawa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin "berhak" menjadi pemangku pengerusi parti, setelah Dr Mahathir Mohamad menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Muhyiddin pada 24 Februari.

Dalam surat bertarikh 5 Mei, ROS mengatakan penilaian ini berdasarkan dokumen yang diberikan oleh pihak berkaitan.

"Berdasarkan dokumen yang dikemukakan - iaitu surat peletakan jawatan pengerusi, ROS mengesahkan peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi Bersatu oleh Muhyiddin, presiden Bersatu adalah juga sah dan masih berkuat kuasa selaras dengan peruntukan perlembagaan Bersatu sehingga diadakan pemilihan pengerusi baru,” menurut surat yang dilihat oleh Malaysiakini.


Surat itu memetik Artikel 16.9 perlembagaan parti untuk keputusan berkenaan.

Ia menetapkan bahawa jika pengerusi itu mengundurkan diri atau dipecat daripada parti, presiden akan mengambil alih jawatan pemangku pengerusi sehingga pengerusi baru dipilih.

Surat itu ditujukan kepada setiausaha kerja Bersatu, Suhaimi Yahya untuk menjawab pertanyaannya mengenai perkara itu pada 1 Mei.

Ketika dihubungi, jurucakap ROS mengesahkan bahawa surat itu sah.


Sebelum ini, Mahathir telah mengundurkan diri sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu pada 24 Februari, setelah parti itu menentangnya dan Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan untuk membentuk Perikatan Nasional (PN).

Tidak lama selepas meletakkan jawatan, Bersatu telah meyakinkan Mahathir untuk terus memegang jawatan pengerusi parti dan mengumumkan beliau akan kekal memegang jawatan itu.

Bagaimanapun, mereka kemudian gagal meyakinkan Mahathir untuk menyertai PN dan kem Muhyiddin kemudian mengenepikan pengumuman sebelumnya agar Mahathir kekal sebagai pengerusi.

Susulan perselisihan dengan Mahathir, kem Muhyiddin menyatakan bahawa parti itu tidak dapat menolak pengunduran Mahathir justeru peletakan jawatan sebagai pengerusi sebelum ini tetap diambil kira.


 – Mkini

PANAS!!! Inilah Punca DS Anwar 'HILANG' Masa Sidang Akhbar Tun M, Inilah Jawapan DS Anwar

$
0
0

KUALA LUMPUR – PKR telah mencapai kesepakatan dalam mesyuarat pada 17 Mei supaya tidak lagi menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri atau mengetuai Pakatan Harapan (PH).

Keadaan itu bermakna Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri akan mengetuai jentera untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Walaupun mengekalkan hubungan kerjasama dengan Dr. Mahathir, tetapi PKR mahu Anwar sendiri yang mengetuai PH.


Sumber berkata, keadaan itu juga menyebabkan Presiden PKR itu “hilang” dalam sidang akhbar yang dipengerusikan Dr. Mahathir pada Isnin.

“Anwar berpendapat sepatutnya beliau dan bukannya Dr. Mahathir yang mempengerusikan sidang media bersama ini,” kata sumber kepada Sinchew Daily.

Datuk Liew Vui Keong dari Warisan dilaporkan menghantar pesanan ringkas kepada wakil rakyat PH supaya berkumpul di pejabat Dr. Mahathir selepas titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pertemuan itu dihadiri pemimpin tertinggi DAP, Amanah dan Warisan, tetapi Anwar tidak kelihatan di situ.

Selain itu, sumber turut memberitahu bahawa pemimpin PKR “bising sehari” dalam satu kumpulan media sosial apabila nama Dr. Mahathir diletakkan pada tempat pertama dalam satu kenyataan PH bersama Warisan sebelum ini.

Ditanya sama ada pendirian tidak menyokong Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dipersetujui DAP dan Amanah, sumber berkata: “pada masa ini, hanyalah PKR.”

Sumber bagaimanapun menafikan ura-ura bahawa Anwar memutuskan hubungan dengan Dr. Mahathir sehingga tidak mahu bertemu.

“Anwar tidak menolak untuk bertemu dengan Dr. Mahathir, mereka ada berdialog melalui Zoom pada Ahad,” katanya. 


– MalaysiaGazette

HOT!!! Inilah Barisan EXCO Baharu Kerajaan Negeri Kedah - Lantikan 30% Wanita Dicapai (Ada Video)

$
0
0





'Terima kasih kerana mempercayai saya untuk pegang amanah ini' - Suraya Yaacob
 
ALOR SETAR: “Saya bersyukur dan berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti dan Menteri Besar kerana mempercayai saya untuk memegang amanah ini.”Itu reaksi spontan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob, yang sekali lagi dipilih sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Kedah yang baharu.

Suraya yang lebih senang dipanggil “Kak Su” tidak menyangka sama sekali dia akan dipilih menganggotai barisan EXCO negeri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) pada kali ini.

Jelasnya, dia dipanggil oleh Menteri Besar, Sanusi Md Noor pada petang Ahad dan di dalam pertemuan itu Sanusi menginginkan beliau memegang amanah dibawah portfolio Bekalan Air, Sumber Asli dan Kerja Raya.


“Kali ini kita agak berbeza kerana kita parti dalam komposisi yang agak besar jadi walaupun kita jangkakan Umno akan berada dalam kerajaan tetapi sama ada kita dipilih ataupun tidak untuk menjadi EXCO sesuatu yang agak kabur.

“Ini kerana kerusi yang kita pegang hanya dua berbanding dengan PAS yang memegang 15 kerusi jadi kita berharap tetapi tidaklah menjangkakan berlaku sebegini jadi terima kasih kepada Presiden parti yang telah memberi ruang dan peluang untuk saya menjadi EXCO,” katanya.

Malahan pada kali ini menjadi sejarah bagi negeri Kedah dimana tiga wanita dipilih menganggotai barisan EXCO negeri. 

Selain Suraya, dua lagi yang bakal dilantik adalah ADUN Merbau Pulas, Datuk Siti Aishah Ghazali daripada Pas dan ADUN Bukit Kayu Hitam, Halimaton Saadiah Saad daripada Bersatu.

“Menarik kali ini adalah barisan EXCO ini daripada sepuluh orang, ada tiga EXCO wanita daripada Bersatu, Umno dan juga PAS.

“Jadi untuk pertama kali wanita mencipta sejarah tiga puluh peratus dalam pentadbiran kerajaan negeri untuk itu pastinya kami wanita berasa bangga dapat mewakili hampir satu juta wanita rakyat Kedah ini dalam pentadbiran kerajaan negeri,” ujarnya kepada Astro AWANI.

Pengalaman Kak Su sewaktu menjadi Exco Pertanian, Kebajikan Wanita dan Usahawan pada tahun 2013 hingga 2018 sememangnya ditagih untuk pembangunan negeri dan memberi servis terbaik kepada rakyat Kedah amnya.

Malah jawatan yang diberikan kepadanya tidak pernah dipegang wanita sebelum ini.

“Menariknya kalau dulu saya pegang portfolio bukan biasa untuk wanita dulu pertanian tak pernah lagi wanita jaga pertanian tetapi pada kali ini portfolio yang dipegang itu tidak pernah dipegang oleh seorang wanita.

“Menjaga bekalan air sumber asli dan kerja raya langsung tak pernah menjadi sesuatu yang saya fikir akan saya boleh buat.

“Pastinya kita ingin menunjukkan bahawa ini bukan mengenai keupayaan seorang wanita (semata-mata), ia keupayaan seorang wakil rakyat untuk menjalankan tugas untuk memastikan semua rakyat mendapat sumber air yang baik dan tidak terhenti pada bila bila masa,” tambahnya lagi.

Suraya ditemui di rumahnya selepas selesai mengikuti raptai penuh Majlis Mengangkat Sumpah EXCO Kedah, yang berlangsung di Wisma Darul Aman.

Majlis mengangkat sumpah dijangka akan berlangsung pada pukul 10 pagi Rabu di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Alhamdulillah: 10 Exco Kedah Selesai Angkat Sumpah, Ini Portfolio Menteri Besar dan EXCO

$
0
0

10 EXCO Kedah angkat sumpah
Alhamdulillah, Selesai sudah.... Seramai 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah selesai mengangkat sumpah di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman hari ini

Portfolio Menteri Besar dan EXCO adalah seperti berikut:
YAB MB Sedang menghulur 'duit raya' kepada kakitangan MBI
Menteri Besar YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor (PAS).
(a) Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Kewangan, Kedah Economic Council, dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) negeri.

(1) YB Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail (BERSATU).
(a) Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan.
(b) Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Pengajian Tinggi.
(2) YB Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman (PAS).
(a) Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan.
(b) Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan.
(3) YB Encik Azman Nasrudin (Bebas).
(a) Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perusahan perladangan komoditi, pengangkutan.
(b) Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India.
(4) YB Dato’ Suraya Yaacob (BN-Umno).
(a) Pengerusi Jawatankuasa Kerja raya.
(b) Pengerusi Jawatankuasa Bekalan Air dan Sumber Air.
(c) Pengerusi Jawatankuasa Tenaga.
(d) Pengerusi Jawatankuasa Pengairan dan Saliran.
(5) YB Dato’ Ustazah Hajjah Siti Ashah Ghazali (PAS).
(a) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar.
(b) Pengerusi Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan.
(c) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan dan Kesejahteraan Masyarakat.
(6) YB Puan Halimaton Shaadiah Saad (BERSATU).
(a) Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan.
(b) Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
(7) YB Tuan Haji Romani Wan Salim (PAS).
(a) Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia.
(b) Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
(8) YB Brigadier Jeneral (B) Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (PAS).
(a) Pengerusi Jawatankuasa Agama.
(b) Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan.
(c) Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia.
(9) YB Encik Mohd Firdaus Ahmad (BERSATU).
(a) Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan.
(b) Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya.
(c) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ushawan dan Koperasi.
(10) YB Dr. Robert Ling Kui Ee (Bebas).
(a) Pengerusi Jawatankuasa Perumahan.
(b) Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar.
(c) Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam.

PANAS!!! Jom Lihat Kronologi Politik Kedah Yang Bermula Februari Sehingga Berubah Kerajaan Baharu

$
0
0



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 hari ini, sekali gus menamatkan andaian dan teka-teki mengenai perubahan kerajaan negeri ini.
Perubahan pentadbiran kerajaan Kedah sebenarnya berkait rapat dengan kemelut politik negara pada Februari lalu yang menyaksikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) disusuli dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Susulan perkembangan itu, beberapa negeri iaitu Johor, Melaka dan Perak turut mengalami perubahan pentadbiran kerajaan dan Kedah yang ditadbir Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tidak terkecuali.
Berikut kronologi politik Kedah bermula Februari lalu hingga hari ini.
*24 Feb: Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu keluar daripada PH.
*26 Feb: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir meminta supaya diberi masa, sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung politik di Kedah susulan kemelut politik negara.
*27 Feb: Mukhriz mengumumkan pembentukan kerajaan campuran antara PH dengan Bersatu di Kedah.
*3 Mac: Mukhriz yakin terus kekal menerajui pentadbiran kerajaan negeri sebagai Menteri Besar dan menjelaskan PH dan Bersatu mempunyai cukup kerusi DUN.
*4 Mac: Mukhriz bertekad mempertahankan Kedah, yang menjadi satu-satunya negeri diketuai Menteri Besar daripada Bersatu.
*6 Mei: PAS Kedah menyatakan keyakinan untuk mengambil alih pentadbiran negeri itu daripada kerajaan PH campur Bersatu yang dipimpin Mukhriz.
*12 Mei: Dua ADUN Kedah daripada PKR mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi ADUN Bebas, dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).
Mereka adalah ADUN Lunas Azman Nasrudin dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee.
*12 Mei: Ketua Pembangkang DUN Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan seramai 19 daripada 36 ADUN Kedah mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz.
Muhammad Sanusi berkata mereka merangkumi 15 ADUN PAS, dua UMNO dan dua lagi ADUN PKR yang telah mengumumkan keluar parti.
Beliau mendakwa empat ADUN Bersatu juga menyatakan telah hilang kepercayaan kepada Mukhriz.
*13 Mei: Mukhriz dalam sidang media menegaskan beliau masih Menteri Besar Kedah dan kerajaan negeri pimpinannya beroperasi seperti biasa.
*13 Mei: Media melaporkan sebanyak 23 Akuan Bersumpah ADUN Kedah dipersembahkan kepada Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah oleh presiden UMNO, PAS dan Bersatu di Kuala Lumpur. 
*15 Mei: Semua 36 ADUN Kedah menghadap Sultan Sallehuddin di pejabat baginda di Wisma Darul Aman, Alor Setar.
*17 Mei: Mukhriz umum melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah selepas hilang sokongan majoriti ADUN Kedah.
*17 Mei: ADUN Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 selepas pelantikannya diperkenan Sultan Kedah.
-- BERNAMA

PANAS!!! Tendang Penghantar Makanan Wanita, Ini Hukuman Mahkamah Kepada Lelaki Itu....

$
0
0
Tertuduh, Hii King, 61, memohon kes dibicarakan

PETALING JAYA: Lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap dua tuduhan mencederakan serta dengan niat mengganggu kesantunan seorang wanita, Isnin lalu.
Tertuduh, Hii King, 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.
Mengikut tuduhan pertama, dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Shazleena Shazmi, 24, dengan menendang wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan itu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa dengan niat mengganggu kesantunan Shazleena dengan menunjukkan isyarat lucah jari tengah.
King yang juga pesara didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Jalan Puteri 9/1, Bandar Puteri, Puchong, kira-kira jam 4.10 petang, pada Isnin lalu.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau didenda maksimum RM2,000 atau keduanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid memohon mahkamah menetapkan jaminan RM6,000 ke atas tertuduh, selain syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu atau menghampiri mangsa dan saksi kejadian.
Bagaimanapun, Mohd Ikhwan kemudian membenarkan tertuduh dijamin dengan RM4,000 bagi kedua-dua pertuduhan, selain menetapkan 16 Julai ini bagi sebutan semula. Tertuduh diwakili peguam Lim Tien Loong.
Sebelum ini media melaporkan mengenai satu kejadian perselisihan faham di antara seorang pekerja penghantar makanan dengan tertuduh yang ketika itu sedang memandu kereta di Jalan Puteri 9/1 Bandar Puteri, Puchong.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, tertuduh memarahi mangsa kerana memotong kereta dipandunya ketika dia mahu membuat pusingan U di situ.
Warga emas itu turut menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa dan menendangnya beberapa kali sehingga mangsa terjatuh.
Dalam pada itu dua rakaman video termasuk satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu viral di media sosial sejak petang semalam.

PANAS!!! Tamparan Hebat Buat PKR, Seorang Lagi Ahli Parlimen PKR Umum Keluar Parti

$
0
0



PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen PKR akan menjadi wakil rakyat terbaru yang akan keluar parti, satu lagi tamparan kepada peluang parti itu untuk mengembalikan Pakatan Harapan ke tampuk kuasa persekutuan.
Sumber dalaman parti beritahu FMT bahawa ahli Parlimen itu tidak menonjolkan diri sejak tumbangnya kerajaan PH pada Februari, yang juga menyaksikan penyingkiran para penyokong bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali daripada PKR.
Azmin dan beberapa ahli Parlimen belot dan menyokong Muhyiddin Yassin untuk menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional, dengan sokongan Umno, PAS, dan GPS.

Dipercayai ahli Parlimen itu akan mengumumkan keluar PKR esok. FMT tidak menamakan wakil rakyat itu sehingga mendapat pengesahan.
Sumber sama beritahu FMT bahawa PKR akan menyaksikan “beberapa lagi ahli Parlimen” jadi wakil rakyat Bebas.
“Besar kemungkinan ahli-ahli Parlimen ini kekal sebagai wakil rakyat Bebas. Macam mana sekalipun, ia satu tamparan pada Anwar Ibrahim dan PH yang berusaha untuk mendapatkan sokongan wakil rakyat untuk kembali berkuasa,” kata sumber itu, merujuk kepada presiden PKR yang juga kini pengerusi PH.
Perkembangan ini seminggu selepas 2 Adun PKR di Kedah mengumumkan keluar parti, mempercepatkan kejatuhan kerajaan PH pimpinan Mukhriz Mahathir.
Mukhriz meletakkan jawatan MB beberapa hari selepas Adun Sidam, Robert Ling dan Adun Lunas, Azman Nasrudin mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas mesra PN.

-FMT
Viewing all 519 articles
Browse latest View live