TERKINI!!! Tiada lagi ziarah Aidilfitri mulai hari ini
TERKINI!! PKPB: Jumlah Penumpang Ikut Jenis Kenderaan
AL-FATIHAH: Tokoh Wartawan Datuk Ahmad A Talib Kembali Ke Rahmatullah Petang Tadi
Saifuddin dalam ciapan berasingan turut menyatakan antara sumbangan besar Allahyarham dalam aktiviti sosial ialah sebagai Ahli Jawatankuasa Bertindak Bosnia (1995) serta dalam badan sukarelawan Yayasan Salam.
Hangat!!! 'Isu Kedah Sedia Pertimbang Buka Kembali Konsesi Balak' - Ini Penjelasannya
Dikeluarkan oleh
Setiausaha Akhbar kepada
Menteri Besar Kedah
26 Mei 2020
SYABAS PDRM: Op Samseng Jalanan di Jalan Baru Pulau Bunting-Ulu Sedaka 108 Saman dikeluarkan (Gambar2)
Polis IPD Yan telah menjalankan Op Samseng Jalanan bertempat di Jalan Baru Pulau Bunting-Ulu Sedaka.
Operasi ini telah disertai seramai 3 orang pegawai dan 19 anggota pelbagai cawangan IPD Yan. Dalam operasi ini telah berhasil mengeluarkan saman sebanyak 108 keping atas pelbagai kesalahan. Kesalahan paling banyak ditemui ialah tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, no. plet fancy dan juga ubahsuai kenderaan.
Sebanyak 4 buah motosikal turut disita di bawah Seksyen 64 APJ1987 atas kesalahan ubahsuai berlebihan dan tidak selamat ditunggang di atas jalan raya. Sepanjang operasi berjalan dalam keadaan baik dan terkawal.
Tragedi Lemas Membabitkan Tiga Beradik Telah Ditemui - Al Fatihah
Hangat!!! Fitnah Leman Raja Lawak - PAS Sik Buat Laporan Polis
Hati-Hati: 11 Kes Wabak Denggi Dicatat Dalam Kawasan Gunung Keriang
TERKINI!!! ADUN Guar Chempedak Dilantik Pengerusi KEDA
GEMPAR!!! Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Akan Tumbang Julai Nanti???
Al Fatihah; Meninggal Dunia Selepas Terlibat Kemalangan di KM. 84.1 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa yang bergerak dari arah Plaza Tol Sungai Petani Utara ke arah Plaza Tol Gurun terlanggar objek segi tiga amaran milik sebuah treler yang diletakkan di lebuh raya berkenaan.
Menurutnya, segi tiga amaran tersebut diletakkan berikutan lori treler terbabit mengalami kerosakan di bahagian pam minyak diesel dan parkir di bahu jalan.
"Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC terlanggar segi tiga amaran menyebabkan mangsa hilang kawalan ke kanan lalu terjatuh.
"Akibat itu, kepala mangsa terhentak atas permukaan jalan menyebabkan berlaku kecederaan serius di kepala," katanya.
Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi terbabit manakala motosikal mangsa mengalami kerosakan antaranya ekzos calar, pemijak kaki kanan bengkok ke atas, cermin sisi kanan patah, handle kanan bengkok ke bawah dan rantai motosikal putus.
Adzli menafikan berlaku kemalangan antara kedua-dua kenderaan sehingga menyebabkan mangsa digilis.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
HOT!! MB Kedah Umum 413 Projek Bernilai RM33.46 Juta Ditawarkan Kepada Kontraktor
ALOR SETAR, 3 Jun -- Kerajaan Kedah mempelawa kontraktor kelas D1 untuk memohon projek-projek yang keseluruhannya bernilai lebih RM33.46 juta, yang ditawarkan menerusi pakej rangsangan ekonomi khusus untuk kumpulan itu.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata sebanyak 413 projek ditawarkan untuk kumpulan kontraktor yang sebelum ini dikenali sebagai kontraktor kelas F dan pemberian projek akan dibuat secara undian.
"Undian untuk kerja-kerja ini akan dibuat bermula 9 Jun dan kontraktor kelas D1 boleh mula mendaftar secara dalam talian di laman sesawang Pejabat Kewangan negeri bermula 12.01 tengah malam ini.
"Kerja-kerja ini akan dibuat secara undian dan bergantung kepada rezeki masing-masing, siapa akan dapat projek apa dengan nilai berapa," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.
Beliau berkata nilai bagi setiap projek untuk kontraktor kelas D1 adalah antara RM20,000 hingga RM150,000 dan pelawaan itu terbuka untuk kontraktor yang berdaftar dengan pejabat daerah masing-masing.
Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata bagi meringankan beban guru-guru yang mengajar di sekolah persendirian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM1.23 juta bagi membantu mereka.
"Program bantuan sekolah persendirian melibatkan 4,146 guru yang pendapatan mereka bergantung kepada yuran pelajar, oleh kerana tiada sesi persekolahan, tiada yuran maka guru tiada gaji.
“Kerajaan negeri juga akan mempertimbang untuk menyalurkan bantuan berikutnya pada bulan akan datang jika sesi persekolahan masih tidak dapat berlangsung, ikut kemampuan kerajaan negeri, kerana mereka ini tidak boleh tukar kerja, kalau tukar, nanti buka sekolah siapa pula nak mengajar," katanya.
Katanya, sekolah persendirian dimohon supaya berdaftar dengan kerajaan bagi memudahkan proses seliaan serta penyaluran bantuan kepada pihak pengurusan sekolah.
Dalam perkembangan lain, Muhammad Sanusi berkata Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) akan diteruskan pada tahun hadapan selepas fasa kedua program itu tamat Disember ini.
KIDA adalah antara inisiatif kerajaan negeri bagi membasmi kemiskinan di Kedah, dengan setiap penerima menerima RM250 sebulan untuk pembelian bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung di kedai terpilih.
Dalam perkembangan lain, Muhammad Sanusi berkata kerajaan negeri menunggu pengumuman daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung prosedur operasi standard (SOP) berkaitan operasi pasar malam atau pekan sehari di negeri ini.
-- BERNAMA
HANGIT!! Mesyuarat MPT Bersatu Malam Ini - Tun Mahathir & Mukhriz Tidak Dijemput
KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka mengadakan mesyuarat pada malam ini tanpa menjemput pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Satu edaran panggilan mesyuarat oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Kapt (B) Muhammad Suhaimi Yahya kini berlegar di media sosial yang menyenaraikan jemputan ke mesyuarat tersebut termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dirujuk sebagai Presiden dan Pemangku Pengerusi.
Turut dijemput naib-naib presiden, ketua srikandi, setiausaha agung, bendahari agung, ketua penerangan dan ahli-ahli MPT.
Edaran tersebut juga tidak menyenaraikan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhirz Mahathir dalam jemputan.
Sumber rapat dengan Dr Mahathir ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan bekas perdana menteri itu tidak dijemput.
Muhyiddin hari ini kembali bertugas di pejabat selepas selesai menjalani kuarantin 14 hari.
– MalaysiaGazette
SAH!! Timbalan Menteri Kerja Raya Letak Jawatan Berkuat Kuasa Serta Merta
Dalam satu kenyataan hari ini, Dr Shahruddin memaklumkan beliau telah membuat keputusan yang kurang tepat dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional.
"Dengan rasminya saya umumkan meletak jawatan perkara di atas berkuatkuasa mulai hari ini. Saya telah melakukan ijtihad politik yang kurang tepat iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional PN,
"Saya seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading P149 telah memilih parti Pakatan Harapan PH dalam PRU14," katanya.
Astro AWANI sedang berusaha mendapatkan pengesahan dari Dr Shahruddin berhubung perkara tersebut.
Inilah Puncanya: Akhirnya PKR Umum Tak Tanding di DUN Chini
SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, keputusan bersama Majlis Presiden Pakatan Harapan itu mengambil kira penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang belum dapat ditangani sepenuhnya di negara ini.
“Aspek keselamatan dan kesihatan para pengundi pada ketika ini masih menjadi satu kerisauan.
“PKR berpandangan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang bakal dikeluarkan akan mendatangkan kesan kepada cara berkempen dan gerak kerja di lapangan.
“Contohnya, larangan lebih dari 20 orang berhimpun untuk ceramah umum perlu diteliti, dan kita juga belum diberitahu prosedur untuk kempen rumah ke rumah, pondok panas serta perkara-perkara lain yang amat penting dan menjadi kelaziman dalam konteks persiapan gerak kerja pilihanraya,” katanya.
PRK Chini diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, akibat serangan jantung di Hospital Kuala Lumpur pada 6 Mei lalu.
Pada PRU14, Abu Bakar yang memperoleh 10,027 undi menang dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon Pas, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang memperoleh 5,405 undi dan calon PKR Mohamad Razali Ithnain yang mendapat 1,065 undi
– Sinar Harian
PANAS!!! SPRM Rampas Wang Tunai Lebih Setengah Juta Dari Rumah 2 Exco Armada
Kuala Lumpur – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM600,000 dari rumah dua anggota Pemuda Bersatu (Armada).
Menurut laporan The Star, wang tersebut dipercayai milik parti itu.
Pengarah siasatan SPRM, Norazlan Mohd Razali dipetik sebagai berkata, kedua-dua ahli Armada itu disoal siasat pada 5 Jun lalu berhubung laporan yang dibuat oleh Anggota Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman berhubung kehilangan RM250,000 dari peti simpanan di rumahnya.
“Setelah disoal siasat, pegawai pergi ke rumah kedua-dua anggota berkenaan di dua lokasi berasingan di Kuala Lumpur.
“Para pegawai menemui sejumlah RM600,000 wang tunai di dua lokasi,” katanya.
Laporan itu menambah SPRM juga merampas sebuah kereta berharga RM100,000 milik pihak ketiga yang dipercayai telah dibeli menggunakan dana yang disalahgunakan.
Pemuda Bersatu yang menyokong bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mendakwa SPRM melakukan ugutan terhadap mereka yang menetang kerajaan Perikatan Nasional (PN).
SPRM menolak dakwaan bahawa siasatan berkenaan bermotifkan politik dan menegaskan suruhanjaya itu hanya menyiasat aduan yang dibuat Syed Saddiq berhubung kehilangan wangnya pada Mac lalu.
Mahathir, yang disokong Syed Saddiq terlibat dalam perebutan kuasa dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk menguasai Bersatu dan kerajaan.
HOT!!! 10 PETUA Boleh Membantu Hilangkan Bau Durian Dalam Kenderaan Dan Di Rumah
PANAS!!! Tun M, Mukhriz, 4 Lagi Gagal Kekal Keahlian, Jawatan Dalam Bersatu
Dr Mahathir Mohamad, anaknya Mukhriz dan empat lagi gagal dalam mengekalkan kedudukan keahlian dan jawatan mereka dalam Bersatu selepas Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan mereka untuk injuksi ad-interim.
Keenam-enam mereka, Dr Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik, Amiruddin Hamzah dan Marzuki Yahya telah memohon perintah ad-interim bagi mengekalkan kedudukan masing-masing, sementara menunggu permohonan injuksi utama kedua-dua pihak didengar pada 9 Julai ini.
Hakim Rohani Ismail menolak permohonan injuksi ad-interim untuk beberapa deklarasi sementara menunggu perbicaraan injuksi inter parte berhubung saman mereka terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan dua lagi.
Pada 9 Jun, Dr Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq, Dr Maszlee, Amiruddin, Marzuki dan parti itu sendiri telah mengemukakan saman terhadap Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu dan pemangku pengerusi; Setiausaha Agung, Hamzah Zainudin; Setiausaha Kerja, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan, terhadap pembatalan keanggotaan mereka dalam Bersatu bulan lepas.
Peguam Muhyiddin, Rosli Dahlan memberitahu pemberita bahawa kesemua enam plantif yang mendakwa bahawa mereka masih anggota parti berkenaan tidak memperoleh injuksi ad-interim yang mereka tuntut.
- Bernama
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
![]() |
Agihan Bubur lambuk secara percuma untuk masyarakat di Parlimen Jerai |
GUAR CHEMPEDAK, 17 Apr 22 – Persatuan Parlimen Jerai Sejahtera akan menganjurkan Program Agihan Bubur Lambuk yang diadakan di Hadapan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jerai dan satu tempat lain yang telah ditetap pada setiap hari mulai hari ini pada jam 5.00 petang.
Berikut adalah jadual agihan yang akan dibuat pada setiap hari: